Bayaran Saman Dengan Diskaun 80% Boleh Dibuat Secara Online & Kaunter Negeri
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang akan berlangsung selama 4 hari hingga 12 Disember 2021. Pelbagai acara menarik menanti anda semua di program itu nanti termasuk tawaran diskaun saman JPJ dan PDRM.
Individu yang buat bayaran saman JPJ dan Polis sepanjang tempoh program 100 Hari Asprisi Keluarga Malaysia akan mendapat tawaran diskaun saman sehingga 80%! Jangan lepaskan peluang ini, jom bayar saman sekarang. Bayaran saman dengan diskaun boleh dibuat secara online dan lokasi yang ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kaedah buat bayaran saman JPJ dan polis dengan tawaran diskaun.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia
- Tarikh: 9 hingga 12 Disember 2021
- Masa: 9 pagi hingga 10 malam
- Tempat: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Baca juga: Diskaun Istimewa 50% Tiket ETS & KTMB Intercity Sehingga 12 Disember 2021
TAWARAN DISKAUN SAMAN JPJ & POLIS
Bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran saman seperti berikut:
- Diskaun 80%
KAEDAH BAYARAN SAMAN DENGAN DISKAUN
Diskaun bayaran saman ditawarkan kepada individu yang buat pembayaran pada 9 Disember hingga 12 Disember 2021 melalui kaedah berikut sahaja:
Saman JPJ
- Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
- Pejabat JPJ seluruh negara
- Secara atas talian melalui portal mySIKAP JPJ
Bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam, anda dikehendaki hadir sendiri di kaunter JPJ bagi tujuan proses dokumentasi semula.
Saman Polis
- Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
- Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen
- Portal & Aplikasi MyBAYAR Saman
Bagi yang nak buat semakan saman JPJ & PDRM bagi kenderaan anda, semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
SEMAKAN SAMAN JPJ & PDRM ONLINE
SAMAN YANG LAYAK MENDAPAT DISKAUN
Saman JPJ
Tawaran pengurangan pembayaran saman kompaun sebanyak 80% kepada:
- semua Notis Saman JPJ (yang boleh dikompaun), KECUALI kes-kes yang masih dalam sebutan pihak Mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.
- semua saman bagi kesalahan yang boleh dikompaun KECUALI kes yang telah didaftarkan di Mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap yang belum Dilepaskan Tanpa Dibebaskan
- termasuk kes yang masih dalam tindakan Senarai Hitam
- Notis Saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa
- Saman melibatkan saman AES
Saman Polis
Tawaran pengurangan pembayaran saman kompaun sebanyak 80% kepada SEMUA kesalahan KECUALI:
- Kesalahan kemalangan
- Memotong secara merbahaya
- Menggunakan lorong kecemasan
- Tidak patuhi isyarat lampu merah
- Memotong di garisan berkembar
- Kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun (NC)
- Kesalahan yang berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan
Orang ramai diseru untuk mematuhi prosedur standard operasi (SOP) dalam mengawal penularan Covid-19 semasa berurusan di kaunter bayaran fizikal dan seterusnya menggalakkan pembayaran kompaun secara online.