Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) • Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •

KTMB Tawarkan Diskaun Istimewa 50% Bagi Pembelian Tiket ETS & KTM Intercity

Oleh Cikgu Shaari • December 7, 2021 • 2 min baca

KTMB Tawarkan Diskaun Istimewa 50% Bagi Pembelian Tiket ETS & KTM Intercity
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang akan berlangsung selama 4 hari bermula 9 Disember hingga 12 Disember 2021. Pelbagai acara menarik menanti anda semua di program itu nanti termasuk tawaran diskaun istimewa tiket ETS dan KTM Intercity oleh KTMB!

Keluarga Malaysia ialah gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Ogos 2021. Konsep ini antara lain menyeru rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan dalam memulihkan semula negara untuk mengembleng tenaga dalam cabaran mendepani pandemik COVID-19 dan merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Jom semua Keluarga Malaysia bersama-sama kita hadir memeriahkan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur nanti!

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia
  • Tarikh: 9 hingga 12 Disember 2021
  • Masa: 9 pagi hingga 10 malam
  • Tempat: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

SENARAI ACARA PROGRAM 100 HARI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

Berikut adalah senarai acara menarik yang dilaksanakan sepanjang tempoh program:

  • Persembahan Kebudayaan
  • Malam Aspirasi Seni
  • Pameran dan Jualan Usahawan
  • Galeri Pencapaian Kementerian
  • Program Bantuan
  • Business Matching
  • Pameran Kementerian dan Agensi
  • Im Youth
  • Keluarga Malaysia Esports Tournament (percuma)
  • Kaunter diskaun pembayaran saman JPJ & PDRM
  • Karnival Kerjaya
  • Kaunter perkhidmatan KTMB – Kementerian Pengangkutan Malaysia

PERKHIDMATAN KAUNTER KTMB

Kaunter KTMB di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia menawarkan perkhidmatan seperti berikut:

  • Tawaran Diskaun Istimewa 50%  Pembelian Tiket ETS & KTM Intercity
  • Informasi berkenaan MyRAIL5 (Pas Bulanan Perjalanan Tanpa Had)
  • Khidmat nasihat pendaftaran KITS: Sistem Pembelian Tiket Integrasi KTMB

CARA DAPATKAN DISKAUN 50% PEMBELIAN TIKET

Sekiranya anda berminat untuk menikmati tawaran tiket ETS dan KTM Intercity sebanyak 50%, anda boleh dapatkannya dengan:

  • Kunjungi kaunter KTMB (Booth No. 15 – Kementerian Pengangkutan Malaysia) di Hall 1 & 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
  • Tawaran pada 9 hingga 12 Disember 2021 dari jam 9 pagi hingga 10 malam

Berikut adalah beberapa makluman penting berkenaan tawaran diskaun tiket yang ditawarkan:

  • Tawaran diskaun istimewa hanya boleh didapatkan di Booth KTMB yang dibuka sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia sepanjang tempoh yang dinyatakan di atas
  • Tawaran diskaun tidak terpakai bagi pembelian secara online atau di mana-mana kaunter KTMB
  • Pembelian tiket dengan tawaran diskaun adalah bagi perjalanan pada bila-bila masa sehingga hujung tahun ini (bergantung kepada ketersediaan)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman facebook rasmi KTM Berhad atau hubungi talian 03 2263 111/ emel ke callcenter@ktmb.com.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.