Cara Buat Semakan Baki Pinjaman PTPTN Secara Online
Untuk makluman semua, setiap peminjam PTPTN perlu membayar balik pinjaman mereka selepas 12 bulan tamat pengajian. Peminjam tidak perlu menunggu notis (emel/ surat) dari pihak PTPTN untuk memulakan proses bayaran balik memandangkan penyata baki pinjaman kini boleh disemak secara online sahaja.
Kos upah atau dikenali sebagai Ujrah akan mula dikenakan kepada peminjam bermula bulan ke 13 tamat pengajian. Tempoh bayaran balik PTPTN bergantung kepada jumlah pinjaman masing-masing. Dalam Bajet 2022, kerajaan telah umumkan pemberian diskaun pinjaman PTPTN kepada peminjam!
Inilah masanya untuk anda bayar hutang pengajian dengan diskaun yang ditawarkan! Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara semak baki pinjaman PTPTN secara online.
CARA SEMAK BAKI PINJAMAN PTPTN
Berikut adalah panduan buat semakan baki pinjaman PTPTN yang perlu dibayar:
- Pergi ke pautan www.ptptn.gov.my
- Klik BAYARAN BALIK
- Klik Penyata Pinjaman Online
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik carian
- Klik SEMAK
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan bagi yang pernah mendaftar. Bagi yang belum pernah daftar, klik PERMOHONAN KALI PERTAMA
- Klik PENYATA BAKI atau PENYATA BAKI TERPERINCI
Baki keseluruhan pinjaman anda akan dipaparkan! Dah tahu jumlah pinjaman PTPTN, anda dinasihatkan untuk lunaskan dengan segera sekiranya sudah ada pendapatan bagi mengelakkan jumlah pinjaman anda meningkat kerana ujrah.
Dalam Bajet 2022, kerajaan telah mengumumkan tawaran diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 15% kepada peminjam yang melunaskan baki pinjaman PTPTN. Tawaran diskaun adalah seperti berikut:
- 15% bagi bayaran baki hutang penyelesaian penuh
- 12% bagi bayaran >50% baki hutang dalam sekali bayaran
- 10% bagi bayaran balik dari potongan gaji/ debit mengikut jadual
Tempoh pemberian diskaun adalah sah sehingga 30 April 2022 sahaja. Untuk menikmati diskaun ini, anda boleh buat bayaran segera.
Bagi yang nak penyelesaian penuh hutang PTPTN bagi menerima manfaat diskaun, anda boleh juga buat pengeluaran wang simpanan KWSP untuk bayaran PTPTN.
Rujuk: Cara Guna KWSP Untuk Bayar Pinjaman PTPTN
Bagi yang buat permohonan potongan gaji untuk bayaran balik PTPTN setiap bulan, anda boleh rujuk: Cara Mohon Potongan Gaji Untuk Bayaran Balik PTPTN
Semoga bermanfaat!