Cara Mohon Jawatan MySTEP Guru Tabika Perpaduan JPNIN, Minima SPM

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Personal Short Term Employment Program (MySTEP) di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Perlis seperti yang diiklankan.
Kepada lepasan sekolah atau graduan yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki sekurang-kurangnya SPM, JPNIN mempelawa anda untuk mohon kekosongan MyStep yang ditawarkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
- Nama jawatan: MyStep
- Kelayakan diperlukan: Minima SPM / Diploma
- Tempoh lantikan: April 2022 hingga Jun 2022
- Penempatan: Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Perlis
- Tarikh tutup permohonan: 14 April 2022
SENARAI JAWATAN
Berikut adalah senarai jawatan MySTEP JPNIN yang ditawarkan:
- Personel MySTEP Guru Tabika Perpaduan (Pengajaran Bahasa Mandarin)
- Personal MySTEP Guru Tabika Perpaduan (Pengajaran Bahasa Tamil)
SYARAT KELAYAKAN
Calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut adalah dipelawa untuk mohon:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Memiliki kelayakan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
- Memenuhi syarat kelayakan seperti dinyatakan dalam iklan (rujuk di bawah)
DESKRIPSI TUGAS
Merancang, menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seperti berikut:
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil/ Bahasa Mandarin (mengikut kluster jawatan) di kelas
- Menyediakan bahan bantu mengajar ntuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil/ Bahasa Mandari (mengikut kluster jawatan)
- Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian/ Mingguan/ Bulanan/ Tahunan berkaitan dan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil/ Bahasa Mandari (mengikut kluster jawatan)
- Memastikan keselamatan murid terjamin di dalam dan di luar kelas semasa sesi pembelajaran
- Menjalankan kerja-kerja yang diarahkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa
CARA MEMOHON
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan melalui emel kepada alamat email:
- norhanim@perpaduan.gov.my
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen berikut:
- Resume beserta gambar terkini berwarna bersaiz pasport
- Salinan sijil SPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda serta sijil lain yang berkaitan
- Salinan Sijil Digital Lengkap Vaksinasi Covid-19
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Lesen Memandu
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:
- Panduan Mohon Kerja Kerajaan MySTEP Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap
- Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2022
- Checklist Sebelum Hantar Permohonan Kerja MySTEP
Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas satu bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.