Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Cara Mohon Skim Bantuan Bencana Alam JPEV Sehingga RM5,000

Oleh Cikgu Shaari • July 28, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Skim Bantuan Bencana Alam JPEV Sehingga RM5,000
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JPEV) menawarkan Skim Bantuan Bencana Alam yang bertujuan untuk memberi bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan beban dan kesusahan yang dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya.

Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian bencana alam. Veteran ATM yang memerlukan bantuan bencana yang ditawarkan boleh buat permohonan melalui borang permohonan disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

BANTUAN BENCANA ALAM JPEV

Skim Bantuan Bencana Alam merupakan bantuan kewangan bagi meringankan beban dan kesusahan yang dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya.

Kadar bantuan yang ditawarkan melalui skim ini adalah:

  • Maksimum RM5,000 sekaligus

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
  • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaysia / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
  • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Veteran ATM bermastautin di kediaman tersebut
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib
  • Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan

CARA MOHON

Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian bencana alam. Veteran ATM yang memerlukan bantuan ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas boleh buat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JPEV.BK.2019) berikut:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN (JPEV.BK.2019)

Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.

Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.

Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).

Semakan status permohonan boleh dibuat melalui Sistem Semakan Permohonan kebajikan JHEV.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.