Cara Mohon Jawatan MySTEP Kementerian Pembangunan & Kerajaan Tempatan (KPKT) Melalui Email
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Personal Short Term Employment Program (MySTEP) Penolong Pegawai Komunikasi Strategik S29.
Kepada lepasan sekolah dan graduan yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM), KPKT mempelawa anda untuk mohon kekosongan MyStep yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat melalui emel dengan menghantar resume ke alamat emel yang disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
- Nama jawatan: MySTEP – Penolong Pegawai Komunikasi Strategik S29
- Penempatan: Unit Komunikasi Korporat, KPKT Putrajaya
- Tempoh kontrak: Mac hingga Disember 2023
- Kadar Upah: RM1,900 sebulan
- Tarikh tutup permohonan: 10 Februari 2023 (Jumaat)
SYARAT KELAYAKAN
Calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut adalah dipelawa untuk mohon:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai kemahiran dalam:
i) Pengurusan media sosial (pembangunan bahan kandungan dan pembangunan data)
ii) Kemahiran teknikal dalam mengendali live streaming
iii) Pengurusan komunikasi strategik
iv) Mahir menggunakan Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe indesign, Adobe Premiere, Adobe After Effect atau software berkaitan penyuntingan dan rakaman video
v) Pengalaman dan kemahiran dalam bidang grafik design adalah diutamakan
CARA MEMOHON
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan melalui emel kepada alamat email:
- pa_kkk@kpkt.gov.my
- nurul_imma@kpkt.gov.my
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen berikut:
- Resume terkini/ CV (dilengkapi dengan gambar pemohon)
- Salinan kad pengenalan
- Sijil Akademik
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:
- Panduan Mohon Kerja Kerajaan MySTEP Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap
- Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2023
- Checklist Sebelum Hantar Permohonan Kerja MySTEP
Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas dua minggu dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.