Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM: Terima RM200 Sebulan Setiap Anak (Maksimum RM1000)

Dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik termasuk B40, pelbagai bantuan telah diberikan oleh pihak kerajaan tambahan lagi dalam tempoh pandemik yang memberi cabaran kepada semua lapisan masyarakat.

Perkhidmatan bantuan kewangan yang disediakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Salah satu bantuan oleh JKM adalah Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin. Kerajaan dalam Belanjawan 2021 telah memutuskan untuk menaikkan kadar bantuan termasuk kategori ini.

KADAR BANTUAN KANAK-KANAK TERKINI 2021

Seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021, kadar bantuan JKM akan dinaikkan termasuklah Bantuan Kanak-Kanak Keluarga JKM mulai tahun 2021. Kadar Bantuan Kanak-kanak JKM dinaikkan seperti berikut:

Kadar Bantuan Kanak-Kanak JKM Lama:

  • RM100 setiap anak
  • Maksimum RM450 jika anak melebihi 4 orang

Kadar Bantuan Kanak-Kanak JKM Mulai 2021

  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan seorang
  • Maksimum RM1000 setiap keluarga setiap bulan

Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM: Terima RM200 Sebulan Setiap Anak (Maksimum RM1000)

Baca juga: Bantuan JKM RM1,000? Ini Senarai Bantuan & Kadar Pembayaran Terkini

SYARAT TERIMA BANTUAN KANAK-KANAK JKM 2021

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan terima Bantuan Kanak-kanak JKM yang ditetapkan:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

CARA MOHON BANTUAN KANAK-KANAK JKM

Sekiranya anda merupakan warganegara Malaysia yang memenuhi syarat di atas, anda boleh buat permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM secara online ataupun manual.

Permohonan Online

  1. Pergi ke laman eBantuan JKM
  2. Klik DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN
    Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM: Terima RM200 Sebulan Setiap Anak Bawah 18 Tahun (Maksimum RM1000)
  3. Klik DAFTAR PERMOHONAN
    Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM: Terima RM200 Sebulan Setiap Anak Bawah 18 Tahun (Maksimum RM1000)
  4. Pilih NEGERI dan NOMBOR KAD PENGENALAN pemohon
    Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM: Terima RM200 Sebulan Setiap Anak Bawah 18 Tahun (Maksimum RM1000)
  5. Klik DAFTAR
  6. Isikan MAKLUMAT PENDAPATAN seperti yang diminta
  7. Isikan MAKLUMAT KEPERLUAN BULANAN
  8. Klik KEPUTUSAN

Selesai isi permohonan secara online, sila cetak borang permohonan tersebut dan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Permohonan Manual

Bagi permohonan secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana Pejabat JKM Daerah/ Bahagian di seluruh negara berdekatan anda. Rujuk senarai Pejabat JKM Negeri dan cawangan DI SINI.

Bawa bersama borang permohonan yang lengkap diisi berikut ke pejabat JKM:

JKM 18 (BORANG PERMOHONAN BANTUAN)

BORANG KEMASKINI MAKLUMAT JKM 20

DOKUMEN SOKONGAN

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat berdekatan:

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau email. Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03 8000 8000 atau buat maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma