Beza Gaji Asas, Gaji Kasar & Gaji Bersih: Ramai Masih Keliru Tentang Gaji Sebenar Masuk Bank •Contoh Offer Letter Kerja Malaysia 2026: Format Lengkap, Maklumat Wajib & Panduan Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Buat Ayat Permohonan Kerja Part-Time Yang Profesional (WhatsApp, Emel & Surat Rasmi) •Analisis Lengkap: Masa Depan Kerjaya Lulusan Master & PhD Di Malaysia Tahun 2026 •Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Perlis 2026: Syarat, Kelayakan & Cara Mohon • Beza Gaji Asas, Gaji Kasar & Gaji Bersih: Ramai Masih Keliru Tentang Gaji Sebenar Masuk Bank •Contoh Offer Letter Kerja Malaysia 2026: Format Lengkap, Maklumat Wajib & Panduan Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Buat Ayat Permohonan Kerja Part-Time Yang Profesional (WhatsApp, Emel & Surat Rasmi) •Analisis Lengkap: Masa Depan Kerjaya Lulusan Master & PhD Di Malaysia Tahun 2026 •Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Perlis 2026: Syarat, Kelayakan & Cara Mohon •

Cara Mohon Bantuan Am Persekutuan/ Negeri JKM Sehingga RM350 Sebulan Setiap Keluarga

Oleh Cikgu Shaari • September 10, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon Bantuan Am Persekutuan/ Negeri JKM Sehingga RM350 Sebulan Setiap Keluarga
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Banyak sebenarnya jenis bantuan kewangan yang disediakan oleh JKM buat semua kategori.

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Antara bantuan yang disediakan oleh JKm adalah Bantuan Am Persekutuan/ Negeri.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Am Persekutuan/ Negeri dan panduan buat permohonan.

KADAR BANTUAN AM PERSEKUAN/ NEGERI JKM

Pemohon yang layak akan terima bantuan bulanan sebanyak:

  • RM100 sebulan seorang
  • Maksimum RM350 sebulan sekeluarkan

OBJEKTIF BANTUAN

Bantuan Am Persekutuan/ negeri ini disediakan dengan objektif:

  • Membantu menampung perbelanjaan keluarga yang tidak berkemampuan.

SYARAT KELAYAKAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mempertimbangkan pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bawah garis kemiskinan
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain

Pendapatan yang dikira di bawah garis kemiskinan adalah ditetapkan seperti berikut:

  • RM930 bagi Semenanjung
  • RM1,170 bagi Sabah dan Labuan
  • RM990 bagi Sarawak

Baca juga: Cara Mohon Bakul Prihatin Negara JKM Terbuka Untuk Setiap Keluarga Terkesan

CARA MOHON

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat:

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
  • Salinan penyata gaji (jika ada),
  • dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Download borang permohonan bantuan di bawah:

borang permohonan bantuan jabatan kebajikan masyarakat

borang kaji semula bantuan kewangan jkm

BANTUAN KEWANGAN JKM

Selain daripada bantuan Am Persekutuan, JKM juga ada menyediakan bantuan kewangan lain mengikut kategori seperti berikut:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman rasmi https://www.jkm.gov.my/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.