Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •Bantuan Komputer Riba Negeri Sembilan 2026: Syarat, Cara Mohon & Kelayakan Pelajar B40 • Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •Bantuan Komputer Riba Negeri Sembilan 2026: Syarat, Cara Mohon & Kelayakan Pelajar B40 •

Waktu Operasi Kaunter Pejabat JPJ Di Setiap Negeri Mulai 10 September 2021

Oleh Cikgu Shaari • September 10, 2021 • 2 min baca

Waktu Operasi Kaunter Pejabat JPJ Di Setiap Negeri Mulai 10 September 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Orang ramai yang ingin berurusan di kaunter pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dah boleh semak waktu pengoperasian kaunter pejabat JPJ di seluruh Malaysia mulai 10 September. JPJ telah menetapkan masa baharu bagi pengoperasian di kaunter.

Urusan di JPJ kini dah boleh buat secara walk in tanpa perlu buat sebarang temujanji seperti sebelum ini. Namun orang ramai diminta untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak waktu operasi pejabat JPJ di seluruh Malaysia mulai 10 September 2021.

WAKTU OPERASI PEJABAT JPJ

Mulai 10 September 2021, waktu pengoperasian kaunter pejabat JPJ Malaysia adalah seperti berikut:

Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya/ Labuan, Perlis, Melaka, Perak, Sabah & Sarawak.

  • Hari: Isnin hingga Jumaat
  • Waktu: 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

  • Ahad hingga Rabu: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
  • Khamis: 8.30 pagi hingga 3 petang

SOP BERURUSAN DI KAUNTER JPJ

Pelanggan yang ingin berurusan di kaunter JPJ mestilah mengikut SOP yang ditetapkan berikut:

  • Mendapat vaksinasi lengkap sebagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai termasuk kakitangan bertugas
  • Pelawat juga perlu menunjukkan status Risiko Rendah Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera
  • Temujanji melalui dalam talian DIHENTIKAN bagi memberi sokongan kepada pelanggan yang menerima vaksinasi lengkap untuk berurusan di kaunter JPJ

PENGGUNAAN KEMUDAHAN URUSAN ONLINE

Penggunaan perkhidmatan dalam talian adalah DIGALAKKAN bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ. Terdapat lebih 30 urusan JPJ yang boleh dibuat secara atas talian termasuk memperbaharui lesen memandu melalui MySIKAP.

Rujuk: Senarai 38 Urusan JPJ Yang Boleh Dibuat Online & Cara Daftar MySikap

Bagi yang nak walk in untuk memperbaharui lesen memandu, anda boleh semak harga renew lesen memandu terkini 2021 untuk persediaan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.