Jika Ada 8 Kemahiran Mahal Ini Dalam Resume Ini Pasti Pikat Majikan

Pasti semua tahu bahawa pasaran kerja pada hari ini sangat ketat dan amat kompetitif. Disebabkan oleh faktor ini, anda hanya mampu untuk berada di atas paras tersebut atau ada juga sesetengah daripadanya menonjolkan diri dengan mengetengahkan kemahiran yang amat diperlukan oleh bakal majikan.

Pentingnya untuk menonjolkan kemahiran kita dalam resume adalah supaya majikan tertarik saat melihat resume kita. Bagi membantu anda mencapai perkara ini, perkongsian ini ditulis bagi berkongsi tentang kemahiran utama yang diperlukan oleh sebahagian besar majikan sekarang.

Baca 12 Kerjaya Tanpa Pendidikan Tinggi Yang Beri Pulangan Gaji Lumayan. Tak Perlu Menyesal Kalau Belajar Tak Tinggi

Pastikan anda kuasai dan masukkan kemahiran-kemahiran di bawah semasa menulis resume anda.

8 KEMAHIRAN UTAMA UNTUK PIKAT MAJIKAN

1. Adobe Photoshop

Bagi bidang kerjaya yang kreatif seperti suntingan gambar dan grafik, pengetahuan asas photoshop sangat penting untuk anda ketahui. Perkara ini penting kerana majikan akan mengkhususkan kerja anda menggunakan Adobe Photoshop bagi kerja-kerja berkaitan kreatif syarikat.

Majikan tiada masa untuk mengajar anda satu per satu saat anda mula masuk kerja. Jadi pastikan anda sudah pun mempunyai kemahiran ini sebelum masuk kerja bagi memikat hati majikan saat melihat resume anda. Jangan risau, jika anda tidak tahu, anda boleh ambil shot course untuk menguasai kemahiran Adobe Photoshop ini.

2. Microsoft Excel

Pasti anda sudah terbiasa dan menyatakan bahawa menggunakan Miscrosft Excel ini sangat mudah bukan? Namun kemahiran ini sangat dipandang oleh majikan bagi yang ingin bekerja dalam menganalisis maklumat, mengisi data dan kewangan.

Anda juga boleh menghadiri kursus untuk mempelajari asas-asas spreadsheet, menggunakan formula dan segalanya mengenai Excel ini. Jika anda expert dan tahu semua shortcut dalam menggunakan Microsoft Excel, kerja yang anda lakukan akan jadi lebih pantas dan pasti mengujakan majikan.

3. Bahasa

Bagi sesetengah kerja yang memerlukan anda berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang luar seperti Public Relation, Marketing, Agent dan sebagainya yang melibatkan anda berurusan dengan klien bahasa yang anda kuasai sangat penting.

Selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris jika boleh anda perlu kuasai bahasa ketiga (asing)  juga bagi menarik minat majikan terhadap anda. Mempelajari bahasa baharu bukan satu kemahiran yang mudah kerana kita kena belajar semuanya dan bermula dari bawah. Tapi penguasaan bahasa ketiga akan memberi manfaat yang sangat bernilai kepada diri anda.

4. Web Development

Pengetahuan asas mengenai kemahiran ini sudah memadai untuk menjadikan diri anda sangat terserlah berbanding calon yang lain untuk pelbagai industri pada zaman sekarang. Hampir keseluruhan industri menggunakan kaedah digital sebagi platform utama dalam membuat pasaran mengenai syarikat mereka.

5. Public Speaking

Kemahiran dalam bercakap di khalayak ramai diperlukan dalam setiap kerjaya. Pendek kata, kemahiran ini adalah kemahiran yang semua orang perlu ada kerana semakin baik keyakinan anda dalam bercakap di khalayak ramai, semakin anda boleh pergi jauh.

Majikan pasti akan berminat dengan orang yang pandai bercakap berbanding orang yang lebih banyak diam. Kemahiran ini juga akan dinilai semasa temuduga anda nanti. Kalau anda rasa kurang yakin, belajar untuk bertenang dan banyakkan berlatih.

6. Search-Engine Optimization  (SEO)

(Search-Engine Optimization) adalah satu kaedah terbaik seseorang mengukur kejayaan kerjaya hanya melalui click, likes & share. Dengan mengetengahkan kemahiran SEO dalam kemahiran anda, ia merupakan satu nilai yang berharga terhadap majikan. Inilah masanya anda memikat hati majikan!

7. Google Analytic

Jika anda sudah mengetahui asas dan mula belajar SEO, cuba anda belajar guna Google Analytics pula. Kaedah ini adalah satu langkah yang bijak kerana anda akan belajar cara untuk mengoptimumkan artikel dan kempen yang memerlukan cara untuk merekod dan menganalisis keputusan hasil kerja.

Dengan kemahiran ini, anda boleh mengetahui demografik laman web, serta banyak lagi informasi penting seperti berapa ramai yang melayari laman web serta pembaca penulisan anda.

8. WordPress

Semua tahu bahawa platform digital kini semakin luas jadi pasti majikan mahukan pekerja yang tahu membuat isi kandungan laman web. Jadi, tidak kira sama ada anda editor yang diiktiraf dalam penerbitan digital atau graduan muda, pasaran bidang kerjaya dalam bentuk digital semakin meluas. Jadi kuasai kemahiran wordpress untuk expert dalam mengendalikan isi kandungan laman web.

Baca Nak Kerja Bagus, Tapi Pengalaman Kurang! Cuba Praktikkan Tips Ini

Selepas membaca perkongsian ini, sudahkah anda tahu kemahiran yang penting untuk anda kuasai? Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi yang ingin memohon kerja dan mencantikkan resume dengan kemahiran yang menarik minat majikan. Jika anda tidak mempunyai kemahiran yang disenaraikan ini, masih tidak terlambat untuk anda belajar dan kuasai semua kemahiran ini.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma