Panduan Mohon Jawatan Kosong Di Jabatan Penerangan Malaysia Guna Sijil SPM
Lepasan SPM dan setaraf yang berminat nak bekerja dalam Perkhidmatan Awam boleh mohon jawatan kosong yang ditawarkan di Jabatan Penerangan Malaysia. Jabatan Penerangan Malaysia menawarkan jawatan kosong sebagai Pembantu Penerangan kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas yang berminat.
Boleh mohon dengan menggunakan sijil SPM! Buat permohonan sekarang melalui laman SPA9 sebelum tarikh tutup permohonan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Jabatan Penenerangan Malaysia
- Nama Jawatan: Pembantu Penerangan Gred S19
- Kekosongan: 18 kekosongan & 30 simpanan
- Lokasi: Semenanjung
- Tarikh tutup: 5 September 2021
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat berikut:
- Memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannnya; atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengangnnya oleh kerajaan serta SKM Tahap 3* dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
*Bidang SKM Tahap 3*:
i) Penyelia Desa
ii) Khidmat Komuniti
TUGAS PEMBANTU PENERANGAN S19
Tugas seorang pembantu penerangan adalah:
Bertanggungjawab membantu Pegawai Penerangan Daerah/ Penolong Pegawai Penerangan melaksanakan kegiatan luar dan kegiatan sivik, menyampaikan ceramah dan penerangan kepada orang ramai, mengumpul dan memajukan laporan reaksi, menyediakan jadual lawatan bulanan, merekod dan mengedar bahan-bahan penerbitan.
CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian SPM/ Setaraf . Pilih jawatan Pembantu Penerangan S19 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.
Selamat memohon!