Cara Mohon MyStep Di Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) Terbuka Buat Graduan
MySTEP 2021 merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat Malaysia. Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) kini menawarkan peluang jawatan MyStep kepada individu yang berkelayakan.
Kepada graduan yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan seperti kewangan, media massa/ komunikasi korporat atau pemasaran atas talian, Pernas mempelawa anda untuk mohon kekosongan MyStep yang ditawarkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Perbadanan Nasional Berhad – Pernas
- Nama jawatan: MyStep
- Tempoh pekerjaan: September hingga Disember 2021
- Tarikh tutup permohonan: 25 Ogos 2021 (Rabu)
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan jawatan MySTEP yang ditawarkan di Pernas:
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan seperti kewangan, media massa/ komunikasi korporat atau pemasaran atas talian dari Universiti atau Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
- Keutamaan diberi kepada warganegara yang tidak bekerja dan lepasan graduan bagi memberi peluang menimba pengalaman kerja
- Boleh mengadaptasi budaya kerja profesional, inovatif dan berdaya saing
CARA MOHON
Calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan mestilah buat permohonan selewat-lewatnya pada 25 Ogos 2021. Untuk buat permohonan, calon mestilah menghantar RESUME YANG LENGKAP beserta gambar berukuran pasport yang terkini serta salinan sijil akademik kepada alamat emel berikut:
- recruitment@pernas.my
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:
- Panduan Mohon Kerja Kerajaan MySTEP Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap
- Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2021
- Checklist Sebelum Hantar Permohonan Kerja MySTEP
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai-pegawai yang berikut:
- Encik Abdul Razah (razak.ramli@pernas.my)
- Cik Farrah Alissa (alissa.yusri@pernas.my)