Tips Pakaian Yang Sesuai Untuk Temuduga Online [Calon Lelaki & Wanita]

Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini boleh dikatakan semua agensi pekerjaan melaksanakan temuduga secara atas talian untuk pengambilan pekerja baharu. Bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), pelaksanaan temuduga online dikenali sebagai temuduga online In Situ TSOI.

Kebanyakan agensi swasta dan kerajaan melaksanakan temuduga online melalui aplikasi Cisco Webex. Jadi pencari kerja di luar sana dinasihatkan untuk DAFTAR CISCO WEBEX dari sekarang dan boleh mula explore cara penggunaannya supaya mudah nanti.

Tak tahu pakaian yang sesuai untuk temuduga online nanti? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tips pakaian yang sesuai untuk temuduga online buat calon lelaki dan wanita.

TIPS PAKAIAN UNTUK TEMUDUGA ONLINE

Berikut adalah beberapa tips penting untuk temuduga online:

Pakaian Yang Lengkap

Jangan fikir temuduga online hanya nampak muka dan badan sahaja! Untuk temuduga kerajaan, calon perlu tunjukkan diri secara menyeluruh. Oleh itu, calon dinasihatkan untuk pakai pakaian yang lengkap dari badan sehingga ke kaki. Pastikan calon pakai kasut yang sesuai walaupun temuduga adalah secara online di kediaman masing-masing. Imej adalah penting!

Tunjukkan imej yang menarik dan lengkap seperti hadir temuduga bersemuka. Walaupun sesetengah temuduga online agensi swasta meminta calon tunjukkan diri sehingga paras dada sahaja, perlu diingatkan anda tetap perlu pakai pakaian yang lengkap sehingga kasut. Ini adalah untuk langkah berjaga-jaga kerana anda mungkin juga diarahkan untuk berdiri secara tiba-tiba!

Pakaian Sesuai Mengikut Kod Etika Pakaian Temuduga

Sama seperti hadir ke temuduga secara bersemuka, pastikan anda pakaian anda mengikut kod etika pakaian temuduga yang betul. Tak tahu nak pakai apa atau pakaian macam mana yang sesuai? Rujuk di bawah:

Warna Pakaian Yang Sesuai

Warna apa yang sesuai untuk temuduga online? Pastikan calon sesuaikan warna pakaian dengan latar belakang tempat temuduga. Jangan terlalu kontra dan jangan terlalu sama sehingga calon ‘tenggelam’ dan menyebabkan temuduga fokus pada latar belakang sahaja. Pastikan warna pakaian tidak terlalu ‘suram’ atau membosankan.

Cari warna yang ‘sedap mata memandang’, tidak terlalu mengganggu mata penemuduga. Sebaiknya latar belakang mestilah berwarna cerah dan lembut seperti putih dan biru cair.

Baca: Tips Pemilihan Warna Pakaian Yang Sesuai Untuk Calon Wanita Hadir Temuduga

POSISI TEMPAT DUDUK IDEAL

Pakaian dah lengkap dan menarik, tempat duduk punya mestilah ideal. Ikuti tips berikut:

  • Jarak antara tempat duduk dan kamera yang sesuai bagi membolehkan panel penemu duga melihat imej calon secara menyeluruh.
  • Kedudukan kamera yang ideal adalah pada ketinggian paras mata calon.
  • Fokus pandangan mata pada kamera (bukannya pada skrin) bagi mewujudkan eye contact yang lebih tepat dengan panel penemu duga.

Baca juga: Tips Persediaan Teknikal Untuk Temuduga Online Kerajaan – Perkongsian Calon Lulus

Dah tahu macam mana pemakaian yang sesuai untuk temuduga online nanti? Ingat, etika pemakaian untuk temuduga online ini sebenarnya sama sahaja seperti temuduga secara bersemuka. Apa yang berbeza hanya lah calon perlu menghadap skrin dan bukannya panel secara berhadapan.

Baca juga: Temuduga Online (TSOI) SPA: Perlu Hadir Sesi Simulasi Sehari Sebelum Temuduga, Calon Ini Kongsi Pengalaman Temuduga TSOI

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma