Tips Pemakaian Yang Sesuai Untuk Menghadiri Temuduga

Bila dah terima panggilan atau tawaran menghadiri temuduga, mulalah macam-macam yang calon fikir. Bukan sahaja dari segi persediaan untuk menghadap penemuduga, tetapi pemakaian yang sesuai untuk temuduga nanti. Penting tau untuk calon fikir apa yang perlu dipakai untuk temuduga!

Walaupun ramai yang fikir pemakaian ke temuduga ini mudah kerana hanya perlu berpakaian formal, tetapi ada beberapa perkara yang perlu calon ambil perhatian agar tidak tersalah langkah! Penampilan  yang baik dapat menarik pandangan penemuduga terhadap calon.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tips pemakaian yang betul dalam menghadiri temuduga.

TIPS PEMAKAIAN TEMUDUGA CALON PEREMPUAN

Tips Pemakaian Yang Sesuai Untuk Sesi Temuduga

Pemilihan Pakaian

Pastikan anda memilih baju yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu mengikut bentuk tubuh badan. Anda juga boleh memakai blazer di luar. Jika tidak berbaju kurung, anda boleh pakai blouse yang digabungkan dengan blazer dan pilih warna yang neutral dan mempunyai corak yang sederhana.

Pemilihan Seluar / Skirt

Pastikan anda pilih seluar/ skirt panjang berwarna hitam atau navy clue yang diseterika. Sekiranya anda memakai kemeja yang berbutang, masukkan kemeja ke dalam seluar atau skirt anda untuk penampilan yang lebih kemas.

Anda juga boleh memakan seluar khaki atau jenis cotton asalkan masih lagi sesuai untuk pergi temuduga.

Pemilihan Kasut

Pastikan anda pakai kasut yang tertutup dan selesa. Jangan sesekali pakai sandal atau selipar ketika menghadiri temuduga. Pakai stokin atau sarung kaki yang sesuai dengan kasut anda

Pemilihan Aksesori

Sekiranya anda tidak memakai tudung, elakkan dari memakan subang atau rantai yang terlalu menonjol dan mengganggu fokus penemuduga anda. Pakai aksesori yang ringkas dan sederhana yang mungkin yang menampakkan sisi profesional anda.

TIPS PEMAKAIAN TEMUDUGA CALON LELAKI

Tips Pemakaian Yang Sesuai Untuk Sesi Temuduga

Pemilihan Pakaian

Baju yang sesuai untuk calon lelaki adalah baju yang berkolar dan berlengan panjang. Kemaskan baju dengan memasukkan hujung baju ke dalam seluar. Kolar baju juga dilipat dengan kemas dan sekiranya anda perlu memakan tali leher, pastikan corak dan warnanya sederhana sahaja. Elakkan memakai kemeja polo

Pemilihan Seluar

Pilih warna seluar yang terang dan neutral seperti hitam. kelabu, coklat dan biru laut kerana warna ini sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai jenis warna baju anda

Pemilihan Kasut

Pilih kasut kulit berwarna gelap dan bersih seperti hitam. Kasut mestilah bertutup dan sesuai dengan pakaian anda. Selakkan memakai stokin sukan kerana kelihatan tidak profesional.

Pemilihan Aksesori

Jika anda ingin pakai jam, pastikan jam tangan mempunyai bentuk sederhana dan tidak berwarna warni yang dapat mengganggu fokus penemuduga. Pemakaian tali pinggang adalah penting untuk kelihatan lebih kemas. Pemakaian blazer juga digalakkan.

Tips Pemakaian Yang Sesuai Untuk Sesi Temuduga

JENIS PAKAIAN YANG PERLU DIELAKKAN

Penting untuk makluman calon, sila elakkan pemakaian berikut:

  • Selipar atau sandal yang terbuka
  • Kasut sukan
  • Tank Top atau baju bertali nipis
  • Seluar / Skirt pendek
  • Seluar dalam yang keluar dari pakaian
  • Gaun yang terlalu pendek
  • Baju yang nipis sehingga menampakkan dalaman
  • Wangian yang terlampau wangi atau berbau tidak enak

Pemakaian calon ketika menghadiri temuduga adalah penting kerana ia melambangkan penampilan diri calon. Penilaian pertama penemuduga saat calon melangkah masuk ke bilik temuduga adalah pemakaian calon. Jadi, calon sila ambil perhatian dengan perkongsian ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma