Ramai Veteran ATM Tak Tahu Mereka Kini Boleh Mohon Kerja Melalui Sistem Khas Ini •Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Mula Panggil Temu Duga Guru DG9 Tahun 2026 Bermula 12 Mei •Permohonan Pengajian Islam & Bahasa Arab Ke Algeria, Tunisia, Libya, Oman Dan Cape Town Dibuka Bagi Sesi 2026/2027 •Bank Negara Malaysia Buka Permohonan Kijang Graduate Programme Mei 2026 •Keputusan UPU Lepasan SPM 2026 Diumum 22 Mei: Ini Tarikh Semakan, Rayuan & Setuju Terima Tawaran • Ramai Veteran ATM Tak Tahu Mereka Kini Boleh Mohon Kerja Melalui Sistem Khas Ini •Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Mula Panggil Temu Duga Guru DG9 Tahun 2026 Bermula 12 Mei •Permohonan Pengajian Islam & Bahasa Arab Ke Algeria, Tunisia, Libya, Oman Dan Cape Town Dibuka Bagi Sesi 2026/2027 •Bank Negara Malaysia Buka Permohonan Kijang Graduate Programme Mei 2026 •Keputusan UPU Lepasan SPM 2026 Diumum 22 Mei: Ini Tarikh Semakan, Rayuan & Setuju Terima Tawaran •

Semak Syarat Kelayakan Pengeluaran i-Citra KWSP & Amaun Pengeluaran Yang Dibenarkan

Oleh Cikgu Shaari • June 30, 2021 • 2 min baca

Semak Syarat Kelayakan Pengeluaran i-Citra KWSP & Amaun Pengeluaran Yang Dibenarkan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dalam pengumuman bantuan Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan (PEMULIH) oleh Perdana Menteri baru-baru ini, antara yang mendapat perhatian ramai adalah kebenaran pengeluaran RM5,000 simpanan KWSP melalui program i-Citra. Ahli KWSP yang masih mempunyai baki simpanan KWSP boleh buat permohonan yang akan dibuka pada bulan Julai 2021 nanti.

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Sebelum merancang untuk buat permohonan i-Citra apabila dibuka nanti, pastikan anda semak syarat kelayakan dan amaun pengeluaran yang dibenarkan.

SYARAT KELAYAKAN

Ahli yang layak memohon adalah terdiri daripada:

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan
  • Anggota perkhidmatan awam juga boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.
  • Ahli boleh mohon i-Citra walaupun pernah memohon i-Lestari dan i-Sinar. Tidak perlu menunggu sehingga bayaran i-Sinar selesai

Syarat Kelayakan Pengeluaran i-Citra KWSP

AMAUN PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

Berikut adalah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan:

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Nota: Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)

Syarat Kelayakan Pengeluaran i-Citra KWSP

TARIKH PERMOHONAN i-CITRA

Permohonan i-Citra KWSP boleh dibuat pada:

  • 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

TARIKH BAYARAN i-CITRA

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula pada:

  • Bermula Ogos 2021

SEMAK BAKI SIMPANAN KWSP

Ahli boleh membuat semakan jumlah simpanan melalui langkah berikut:

Untuk maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra, anda boleh terus ke laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my atau Ask ELYA di laman web rasmi KWSP.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.