SIP Prihatin 2.0: Cara Mohon Elaun Mencari Pekerjaan RM900 + RM400 Untuk Pencari Kerja
Memahami masalah rakyat yang mengalami kesusahan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerkana (PKP), Kerajaan telah mengambil langkah menyediakan bantuan buat semua golongan di bawah pakej PEMULIH. Pelbagai bantuan telah diumumkan dan antara yang mendapat perhatian ramai adalah pengeluaran RM5,000 di bawah iCitra KWSP,Bantuan Khas Covid-19 dan Bantuan Kehilangan Pekerjaan.
Perluasan Elaun Mencari Pekerjaan atau dikenali sebagai SIP PRIHATIN 2.0 adalah Elaun Mencari Pekerjaan bagi tempoh 3 bulan dan Elaun Persediaan Bekerja sekiranya telah kembali bekerja bagi individu yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insuran Pekerjaan PERKESO dan juga bagi individu yang menganggur dan aktif mencari pekerjaan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut golongan yang layak dan cara daftar untuk mendapatkan Elaun Mencari Pekerjaan.
Isi Kandungan
GOLONGAN YANG LAYAK
Elaun Mencari Pekerjaan diperluas kepada bukan pencarum PERKESO terutamanya:
- Graduan baharu
- Lepasan sekolah
- Pekerja Sektor Tidak Formal
KADAR ELAUN MENCARI PEKERJAAN
Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs sebanyak:
- RM300 x 3 bulan
Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima:
- RM400 secara one-off
TARIKH PERMOHONAN
Pendaftaran untuk program Elaun Mencari Pekerjaan akan dibuka pada:
- 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan membuat permohonan Elaun Mencari Pekerjaan adalah:
- Golongan yang kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan
- Golongan yang menganggur
- Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti mencari pekerjaan melalui portal MYFutureJobs
- Menghadiri temu duga anjuran PERKESO
Bagi melayakkan mereka menerima bantuan ini, pemohon perlu:
- Mendaftar di portal pekerjaan MYFutureJobs yang diuruskan PERKESO agar usaha pencarian pekerjaan mereka dapat dibantu dan dipantau oleh PERKESO
- Menghadiri sekurang-kurangnya 3 temuduga dalam sebulan, sama ada secara fizikal atau dalam talian
CARA DAFTAR MYFUTUREJOBS
Pencari kerja yang ingin dapatkan Elaun Mencari Pekerjaan perlulah daftar di bawah platform MyFutureJobs untuk menerima inisiatif ini. Berikut adalah panduan membuat pendaftaran MyFutureJobs:
- Layari portal MYFutureJobs
- Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
- Dalam paparan seterusnya, klik ‘Register’
- Masukkan emel dan kata laluan (reka sendiri) dan klik ‘Register’
- Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal. Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.
Untuk mula mencari kerja, rujuk:
DOKUMEN DIPERLUKAN
Untuk mohon SIP PRIHATIN 2.0 atau Elaun Mencari Kerja, anda perlu kemukakan dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
- Salinan Penyata Nombor Akaun Bank Pemohon Sendiri (bukan akaun Bersama)
- Bukti menghadiri 3 kali temuduga dalam tempoh setiap EMP, sekiranya ia merupakan bukan anjuran PERKESO yang disahkan oleh menerusi borang pengesahan oleh syarikat
temu duga. - Pengemaskinian aktiviti temuduga di Log Aktiviti Portal MYFutureJobs (Rujuk Lampiran 2)
CARA MOHON ELAUN MENCARI KERJA/ SIP PRIHATIN 2.0
Permohonan boleh dibuat mula 1 Januari 2022 melalui:
- Aplikasi Prihatin PERKESO; atau
- https://matrix.perkeso.gov.my
Muat turun aplikasi melalui Play Store dan App Store untuk buat permohonan dan semakan statu permohonan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 1 300 22 8000 atau email ke penjanakerjaya@perkeso.gov.my. Anda juga boleh rujuk maklumat di bawah untuk info yang lebih terperinci: