6 Kaedah Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Tanpa Perlu Ke Kaunter

Dah tamat pengajian dan mendapat pekerjaan, adalah menjadi kewajipan peminjam untuk bayar balik pinjaman pendidikan PTPTN. Jangan tangguh-tangguh lagi, pastikan anda bayar segera untuk elakkan hutang anda semakin bertambah. Peminjam diberi pilihan untuk bayar balik pinjaman secara ansuran atau sekaligus melalui beberapa kaedah.

Sehingga kini, pelbagai kaedah telah diperkenalkan bagi membayar balik pinjaman PTPTN. Mudah! Orang ramai sudah tidak perlu ke kaunter untuk buat bayaran balik pinjaman. Hanya pilih sahaja satu kaedah yang sesuai dengan keadaan anda.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai kaedah bayaran balik pinjaman PTPTN yang anda boleh gunakan.

6 KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

Melalui Potongan Gaji Setiap Bulan

Bagi memudahkan peminjam dan pastikan peminjam tidak lupa untuk bayar setiap bulan, PTPTN juga ada menyediakan kemudahan potongan gaji secara bulanan untuk pembayaran hutang. Anda boleh mohon secara online dan peroleh borang melalui portal rasmi PTPTN.

Ini adalah langkah yang paling bagus untuk peminjam lunaskan hutang!

Rujuk: Panduan Mohon Potongan Gaji Untuk Bayaran PTPTN.

Guna Simpanan KWSP Sendiri/ Ibu Bapa

Peminjam atau ibu bapa peminjam (ahli akaun) boleh mengeluarkan Akaun 2 KWSP untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Peminjam boleh memilih untuk membuat pengeluaran keseluruhan atau sebahagian dari Akaun 2 KWSP. Tambahan lagi peminjam juga boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun 2 masih berbaki.

Rujuk: Panduan Mohon Pengeluaran Simpanan KWSP Untuk Bayar PTPTN

Melalui Direct Debit

Direct Debit adalah kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan deposit SSPN-i yang mana peminjam/ pendeposit memberi kebenaran kepada PTPTN membuat sejumlah potongan secara berkala atau setiap bulan daripada Akaun Simpanan/ Akaun Semasa mereka.

Syarat-syarat permohonan Direct Debit adalah seperti berikut:

  • Permohonan Direct Debit bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang masih aktif.
  • Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansuran bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan, amaun minimum yang dibenarkan adalah RM20.
  • Akaun bank yang dipilih untuk perlaksanaan Direct Debit mestilah berstatus Aktif.

Rujuk: Panduan Mohon Direct Debit Setiap Bank Untuk Bayar Pinjaman PTPTN

Guna e-Wallet

PTPTN telah melancarkan kaedah bayaran balik pinjaman PTPTN melalui eWallet yang melibatkan 4 saluran berikut:

  1. Shopee
  2. KiplePay
  3. BESTPay
  4. KelantanPAY

Mudah! Anda boleh bayaran berapa sahaja yang anda mahu melalui kemudahan yang disediakan. Jika ada duit lebih, bolehlah bayar melalui platform ini. Senang sahaja penggunaannya.

Rujuk: Panduan Bayar Pinjaman PTPTN Guna Shopee

Melalui Perbankan Online

Tipu lah jika masih ada yang tidak tahu menggunakan perbankan online. Untuk memudahkan peminjam, PTPTN juga menyediakan kemudahan pembayaran ansuran bulanan melalui perbankan online seperti Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam, Public Bank dan banyak lagi.

Baca: Cara Daftar Akaun Maybank2u

Asyik guna perbankan online untuk membeli belah secara online sahaja kan? Cuba pula guna untuk bayar hutang PTPTN.

6 Kaedah Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Tanpa Perlu Ke Kaunter

Bayar Di Lebih 3,000 Ejen PTPTN

Tidak perlu ke pejabat PTPTN pun setiap kali nak bayar ansuran bulanan. Anda boleh buat bayaran di lebih 3,000 cawangan Bank Islam, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan Pos Malaysia  yang ada menyediakan kemudahan pembayaran PTPTN.

Anda juga boleh guna kemudahan bayaran balik tanpa tunai melalui EDC Terminal di kaunter PTPTN menggunakan kad ATM atau kad debit bank tempatan anda.

RUNDINGAN JUMLAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

Jika anda merasakan anda tidak mampu bayar hutang PTPTN bulanan dalam jumlah yang besar kerana komitmen anda terlalu banyak, anda boleh buat rundingan dengan pegawai PTPTN untuk tentukan jumlah bayaran ansuran yang anda mampu. PTPTN tidaklah terlalu kejam untuk memaksa anda bayar di luar kemampuan.

Hadir ke mana-mana pejabat PTPTN berdekatan anda untuk rundingan. Anda juga boleh hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN yang disediakan percuma untuk anda hubungi jika mahu berunding hal bayaran ansuran.

Dalam memastikan rekod laporan nama anda bersih dalam laporan CCRIS, anda perlu pastikan pembayaran bulanan adalah teratur dan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan. Jangan sesekali tertunggak dengan lama kerana bila sekali tertunggak pasti akan berasa malas nak bayar selepas itu.

Baca: Kerana 1 Sen, Hutang PTPTN Boleh Jadi RM515. Ini Puncanya & Pengajaran Buat Peminjam PTPTN

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma