Cara Mohon Moratorium Maybank Untuk B40, M40 & PKS Melalui Maybank2u

Penutupan sektor-sektor sosial dan ekonomi sepanjang tempoh lockdown akan memberi kesan yang amat besar kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat. Memahami masalah rakyat, kerajaan telah memperkenalakan pakej bantuan PEMERKASA PLUS yang akan memberi manfaat bantuan kepada orang ramai.

Golongan isi rumah dan bujang akan menerima BPR Tambahan sehingga RM500 manakala peniaga dan PKS yang terjejas pula akan menerima GKP Tambahan RM1,500. Kerajaan juga telah umumkan bantuan bayaran balik pinjaman atau moratorium kepada golongan terjejas.

Bagi golongan B40, M40 dan PKS yang memerlukan moratorium atau bantuan bayaran balik pinjaman dan merupakan pengguna Maybank, anda boleh mohon moratorium melalui Maybank2u.

GOLONGAN YANG LAYAK

Bantuan bayaran balik pinjaman atau moratorium itu akan mensasarkan golongan berikut:

  • Golongan B40 & M40 (Penerima Bantuan Prihatin Rakyat)
  • Rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan
  • Perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP

PILIHAN BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN

Golongan terjejas yang layak akan diberi pilihan untuk:

  • Mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan; ATAU
  • Boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan

DOKUMEN PEMBUKTIAN M40

Bagi pelanggan M40 yang terdaftar di pangkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang pendapatan isi rumahnya dipengaruhi oleh wabak, pihak Maybank juga telah mempermudah proses permohonan di mana hanya dokumen pembuktian atau self-declaration yang diperlukan untuk proses permohonan seperti:

  • Pelanggan yang bekerja: Slip gaji 1 bulan yang terkini
  • Pelanggan bekerja sendiri
    – Sekiranya akaun utama anda di Maybank, dokumen tidak diperlukan
    – Sekiranya akaun utama anda di bank lain, penyata bank 3 bulan yang terkini diperlukan
  • Surat tamat perkhidmatan / berhenti kerja dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda.
  • Surat pemotongan gaji dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda.

CARA MOHON MORATORIUM MAYBANK

Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Golongan B40 & M40

  1. Pergi ke laman web https://www.maybank2u.com.my/
  2. Klik COVID-19 Assistance di bahagian bawah laman
    Cara Mohon Moratorium Maybank Untuk B40, M40 & PKS Melalui Maybank2u
  3. Pilih kategori anda
    – B40-: TRA- targeted Repayment Assistance
    – M40: RA – Repayment Assistance
  4. Klik ‘Send email for TRA’ atau ‘Send email for RA’ atau emeilkan terus permohonan beserta dokumen sokongan ke wessist@maybank.com
    Cara Mohon Moratorium Maybank Untuk B40, M40 & PKS Melalui Maybank2u
  5. Keputusan akan dimaklumkan dalam masa 5 hari setelah pihak Maybank menerima permohonan beserta dokumen yang lengkap
  6. Pemohon akan mendapat maklumat melalui panggilan telefon, email atau SMS

Bantuan Bayaran Balik Pinjaman PKS

Bagi PKS yang memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman atau ingin memohon moratorium, anda boleh hantarkan email beserta dokumen sokongan ke alamat berikut:

  • SMErelief@maybank.com

Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ringgit.

Kerajaan berharap, pengumuman moratorium automatik ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada peminjam institusi perbankan. Para peminjam institusi bank lain perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Maybank, anda boleh hubungi 1 300 88 6688

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma