Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

PEMERKASA PLUS: Tarikh Bayaran GKP Tambahan RM1,500 Buat Peniaga

Oleh Cikgu Shaari • June 1, 2021 • 2 min baca

PEMERKASA PLUS: Tarikh Bayaran GKP Tambahan RM1,500 Buat Peniaga
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, Kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat atau total lockdown untuk tempoh dua minggu bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021. Semua sektor sosial dan ekonomi ditutup kecuali sektor-sektor yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu.

Tindakan ini akan menyebabkan ramai peniaga terjejas dan mengalami pengurangan pendapatan kerana tidak dapat beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh total lockdown. Namun begitu, Kerajaan telah memperkenalkan pakej bantuan PEMERKASA PLUS yang akan memberi manfaat kepada orang ramai termasuk golongan peniaga.

Dalam menyokong kelangsungan perniagaan sepanjang tempoh yang sukar ini, para peniaga akan terima Geran Khas Tambahan (GKP) Tambahan yang ditambah dan akan dibayar secara 2 peringkat.

Bayaran Bantuan BPR Tambahan RM500 Isi Rumah & RM100 Bujang Pada Jun 2021

KADAR BANTUAN GKP TAMBAHAN PEMERKASA+

Sepertimana yang diumumkan dalam pakej PEMERKASA PLUS, matlamat ketiga adalah Menyokong Kelangsungan Perniagaan. Ini bermaksud, kerajaan akan terus membantu individu yang menjalankan perniagaan, khususnya kepada PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka.

Sehubungan itu, sukacita diumumkan kadar GKP akan ditambah sebanyak RM500 kepada:

  • Kadar bantuan GKP tambahan: RM1,500

TARIKH BAYARAN BANTUAN GKP TAMBAHAN

Hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro akan menerima RM1,500 secara berperingkat seperti berikut:

  • Tarikh Bayaran GKP Tambahan Fasa Pertama (RM1,000)
    Pertengahan bulan Jun 2021
  • Tarikh Bayaran GKP Tambahan Fasa Kedua (RM500)
    Bulan Julai 2021

Bayaran Bantuan BPR Tambahan RM500 Isi Rumah & RM100 Bujang Pada Jun 2021

Diharapkan dengan bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini peniaga dan para PKS dapat memanfaatkan dan gunakan sebaiknya untuk menghadapi tempoh yang sukar ini. Bantuan ini disalurkan untuk meringankan beban para peniaga sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Baca juga: Bayaran Bantuan BPR Tambahan RM500 Isi Rumah & RM100 Bujang Pada Jun 2021

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.