Senarai Bantuan Khas Lockdown Kerajaan Di Bawah Pakej PEMERKASA PLUS Untuk Semua Golongan

Sepertimana yang telah diumumkan, Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat atau total lockdown untuk tempoh dua minggu bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021. Semua sektor sosial dan ekonomi ditutup kecuali sektor-sektor yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu.

Tindakan ini diambil setelah trend peningkatan kes-kes COVID-19 menunjukkan kenaikan yang amat mendadak dengan mencatat kes-kes kematian yang tinggi setiap hari. Penutupan sektor-sektor ekonomi akan memberi kesan yang amat besar kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

Satu pakej bantuan khas lockdown telah diperkenalkan iaitu Bantuan PEMERKASA PLUS yang bakal memberi manfaat kepada semua golongan yang terjejas akibat pelaksanaan PKP penuh. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai bantuan khas di bawah pakej PEMERKASA PLUS.

MATLAMAT UTAMA PEMERKASA PLUS

Nilai keseluruhan program PEMERKASA Plus adalah berjumlah 40 bilion ringgit, di mana suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak 5 bilion ringgit. Langkah baharu PEMERKASA Plus akan dilaksanakan berlandaskan 3 matlamat utama seperti berikut:

  • Pertama: Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  • Kedua: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Ketiga:Menyokong Kelangsungan Perniagaan

SENARAI BANTUAN DI BAWAH PEMERKASA PLUS

Matlamat Pertama: Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam

Kerajaan akan memastikan kapasiti kesihatan awam sentiasa diberi keutamaan. Kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan 1 bilion ringgit bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam. Pertambahan peruntukan ini adalah komitmen Kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan.

  1. Memperuntukkan 450 juta ringgit bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan ICU bagi rawatan COVID-19, bukan sahaja di Hospital seliaan KKM tetapi juga di Hospital Pengajar Universiti Awam seperti di UiTM, UPM dan UKM serta melalui hospital medan ATM seperti di Sabah dan Sarawak.
  2. memperuntukkan 550 juta ringgit untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan COVID-19 pelbagai agensi antaranya pertambahan kos operasi dan pengurusan dalam menangani krisis kesihatan COVID termasuk ubat, reagen untuk saringan dan lantikan pegawai secara kontrak
  3. melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan melantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak.
  4. mempercepatkan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK

Matlamat Kedua: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat

  1. Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR
    Golongan isi rumah akan dapat RM300 hingga RM500
    Golongan bujang akan dapat RM100
  2. Pemberian Moratorium Kepada B40, M40 & PKS
    Kelulusan moratorium automatik selama 3 bulan; atau
    Pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan
  3. Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas Dan Teksi
    Moratorium pinjaman sehingga 12 bulan untuk pengusaha bas dan teksi
  4. Penangguhan bayaran balik pinjaman & diskaun sewa premis MARA
  5. Melanjutkan Program Subsidi Upah PERKESO selama 1bulan
  6. Pengecualian levi selama 1 bulan buat majikan berdaftar

Matlamat Ketiga: Menyokong Kelangsungan Perniagaan

  1. Geran Khas Prihatin Tambahan 
    GKP ditambah dari RM500 kepada RM1,500 buat peniaga
  2. Pembiayaan mikro kredit sepanjang tahun
    BSN, TEKUN, MARA, SME Corp dan YAPEIM
    Kadar pembiayaan serendah 3%
  3. Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar BNM
  4. Bantuan Khas RM500 Buat Pemandu Teksi, Bas, Kereta Sewa & Ehailing
  5. Pertimbangan rayuan pengenaan penalti dan menanggunghan pembayaran penatli bagi tahun 2022 serta menyediakan penjadualan semula bayaran cukai tertunggak bagi pembayar cukai dan perniagaan yang terjejas.
  6. SSM mengecualikan bayaran lewat untuk memperbaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021
  7. Pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor terjejas
    Sebanyak 10% selama 3 bulan tambahan
    Antara Julai hingga September 2021
  8. Potongan khas pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa semasa
  9. Kempen Pemilikan Rumah (HOC) diteruskan sehingga 31 Disember 2021
  10. Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import dilanjutkan

Inilah antara usaha Kerajaan sebagai meneruskan agenda prihatin rakyat dan komitmen Kerajaan dalam mengurus krisis yang melanda kini. Semoga orang ramai dapat memanfaatkan bantuan yang disalurkan ini sebaiknya dan sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma