Cara Tukar Atau Ambil Pakej Syarikat Telekomunikasi Lain Untuk Program Jaringan Prihatin
Berminat dengan dengan tawaran pakej Program Jaringan Prihatin dari syarikat telekomunikasi yang berbeza dari yang sedang anda langgan sekarang? Sekiranya anda telah berdaftar dengan syarikat telekomunikasi tertentu untuk Program Jaringan Prihatin dan ingin bertukar, anda layak untuk menukar sebanyak maksimum 3 kali sepanjang program ini, selepas 30 hari dari tarikh pendaftaran.
Mudah sahaja caranya, anda hanya perlu ikut 3 langkah mudah yang akan dikongsikan sekiranya anda ingin mengambil pakej syarikat telekomunikasi lain.
Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan lanjut membuat penukaran.
Isi Kandungan
TARIKH PENDAFTARAN
Pendaftaran untuk Jaringan Prihatin dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021
CARA TUKAR SYARIKAT TELEKOMUNIKASI UNTUK PROGRAM JARINGAN PRIHATIN
Untuk tukar syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan pakej Program Jaringan Prihatin yang anda manu, anda boleh ikut langkah berikut:
Langkah 1
Hubungi syarikat telekomukasi yang anda TELAH DAFTAR untuk Program Jaringan Prihatin.
Langkah 2
Batalkan pendaftaran pelan Jaringan Prihatin yang anda sedang langgani.
Langkah 3
Lakukan pendaftaran semula dengan syarikat telekomunikasi baharu selepas 30 hari dari tarikh pendaftaran langganan terakhir anda.
Jika anda masih keliru dengan langkah yang dikongsikan, anda boleh rujuk contoh situasi di bawah:
Baca juga: YES Prihatin: Cara Tuntut Telefon Pintar & Data Percuma YES Khas Untuk Golongan B40
SENARAI PAKEJ & CARA DAFTAR
Anda boleh lihat senarai pakej yang ditawarkan oleh setiap syarikat telekomunikasi dan cara membuat pendaftaran bagi pakej yang anda minat di bawah: