YES Prihatin: Cara Tuntut Telefon Pintar & Data Percuma YES Khas Untuk Golongan B40

Kerajaan telah mengumumkan inisiatif Jaringan Prihatin di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet dan pembelian peranti mudah alih. Penerima BPR boleh buat pendaftaran untuk menerima bantuan Jaringan Prihatin melalui 12 syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan ini.

YES dengan kerjasama Shopee dalam program Jaringan Prihatin menawarkan telefon pintar dan data percuma kepada golongan B40. Bukan itu sahaja, penerima akan diberikan akses untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma selama setahun tanpa sebarang payaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penebusan telefon pintar dan data percuma YES.

TAWARAN YES PRIHATIN

YES menawarkan kemudahan berikut kepada pemohon yang layak:

Belajar Dari Rumah Keluarga

  • Telefon pintar percuma
  • Data 30GB Percuma/Bulan
  • Baucar RM50 Shopee
  • Aplikasi Pendidikan
  • Tempoh sah: 12 bulan

Belajar Dari Rumah Individu

  • Telefon pintar percuma
  • Data 15GB Percuma/Bulan
  • Baucar RM50 Shopee
  • Aplikasi Pendidikan
  • Tempoh sah: 12 bulan

Cara Tuntut Telefon Pintar & Data Percuma YES Khas Untuk Golongan B40

SYARAT KELAYAKAN

Promosi ini adalah hanya untuk rakyat:

  • Golongan B40
  • Isi rumah berpendapatan di bawah RM4,850

Pihak YES akan membuat semakan lanjut selepas permohonan anda diterima oleh pihak YES untuk memastikan bahawa hanya golongan B40 sahaja yang layak menerima bantuan ini.

CARA TUNTUT FON & DATA PERCUMA

Sekiranya anda merupakan golongan B40 yang dimaksudkan, anda boleh buat tuntutan dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke laman https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin
  2. Klik Tuntut Sekarang
    Cara Tuntut Telefon Pintar & Data Percuma YES Khas Untuk Golongan B40
  3. Isikan butiran anda di halaman Jaringan Prihatin dengan YES dan hantarkan permohonan anda
  4. Tunggu status permohonan anda. Jika anda berjaya, anda akan menerima satu fon pintar dan data percuma dari YES

AKTIFKAN SHOPEEPAY DI FON PINTAR

Untuk mendapat baucar Shopee RM50, anda harus aktifkan ShopeePay di aplikasi Shopee yang dipasang dalam fon pintar baru anda. Setiap pengguna yang berjaya mendapatkan fon pintar baru dari YES akan menerima ganjaran cashback apabila membayar dengan ShopeePay di kedai-kedai tertentu.

Pihak YES akan menghantar notifikasi di aplikasi Shopee kepada rakyat B40 mengenai ganjaran eksklusif ini dalam masa 5 hari bekerja selepas permohonan anda diluluskan oleh pihak YES.

Cara Tuntut Telefon Pintar & Data Percuma YES Khas Untuk Golongan B40

Cara Tuntut Telefon Pintar & Data Percuma YES Khas Untuk Golongan B40

Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran ini, anda boleh terus ke https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma