Majikan Wajib Tahu: Letak Gaji Dalam Iklan Jawatan Kini Keperluan, Bukan Pilihan •“Kenapa Anda Suka Lompat Kerja?” Ini Cara Jawab Dalam Temuduga Supaya Nampak Profesional •Resume Tanpa Gambar & Objektif: Masih Relevan? Ini Format Moden Yang Majikan Mahu (2026) •Skill Paling Laku 2026: Senarai Kemahiran Bernilai Tinggi Untuk Jana Pendapatan & Bina Kerjaya •Bahasa Ketiga Yang “Worth It” Untuk Gen Z: Ini Pilihan Terbaik Untuk Naik Gaji & Cepat Dapat Kerja • Majikan Wajib Tahu: Letak Gaji Dalam Iklan Jawatan Kini Keperluan, Bukan Pilihan •“Kenapa Anda Suka Lompat Kerja?” Ini Cara Jawab Dalam Temuduga Supaya Nampak Profesional •Resume Tanpa Gambar & Objektif: Masih Relevan? Ini Format Moden Yang Majikan Mahu (2026) •Skill Paling Laku 2026: Senarai Kemahiran Bernilai Tinggi Untuk Jana Pendapatan & Bina Kerjaya •Bahasa Ketiga Yang “Worth It” Untuk Gen Z: Ini Pilihan Terbaik Untuk Naik Gaji & Cepat Dapat Kerja •

Tawaran Program Perantis Jurutera Muda Yayasan Peneraju Terbuka Buat Graduan

Oleh Cikgu Shaari • May 17, 2021 • 2 min baca

Tawaran Program Perantis Jurutera Muda Yayasan Peneraju Terbuka Buat Graduan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Young Engineer Apprentice Programme (YEAP) atau Program Perantis Jurutera Muda merupakan satu program kerjasama PTP dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) dengan matlamat untuk memberikan pengalaman latihan sambil bekerja (on-the-job) kepada graduan.

Program ini merupakan antara platform terbaik untuk graduan dalam kejuruteraan kerana ia menawarakan program perantis yang memfokuskan satu latihan teknikal bagi memupuk bakat kepimpinan berkualiti yang diperlukan oleh industri semasa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Young Engineer Apprentice Programme (YEAP) dan cara membuat permohonan.

YOUNG ENGINEER APPRENTICE PROGRAMME (YEAP)

  • Graduan yang berjaya mendapat penempatan akan menjalani latihan berstrukturkan program kejuruteraan selama 12 bulan
  • Sift Training Programme akan diberikan sepanjang latihan
  • Perantis terpilih akan diberi pengawasan rapat (close monitored)
  • Perantis yang menunjukkan prestasi yang baik akan ditawarkan peluang pekerjaan tetap di dalam syarikat

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Bumiputera dan merupakan Warganegara Malaysia
  • Graduan dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan, major dalam Mekanikal, Mekatronik, Sivil dan Elektrikal Elektronik
  • Lulus dengan minimum CGPA 3.30 dan ke atas
  • Berumur kurang daripada 25 tahun
  • Kemahiran yang diperlukan:
    – Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam berkomunikasi dan aspek sosial
    – Mampu bekerja dengan dengan atau tanpa pengawasan rapat.
    – Mampu menyesuaikan diri dengan segala kemungkinan yang tak dijangka akan berlaku
    – Sentiasa mempunyai idea baharu, tahap pengurusan yang baik dan boleh menggunakan komputer

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan program yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sekarang dengan menghantar resume  terkini dan sijil kelayakan akademik berkaitan ke alamat berikut:

  • Email: saidahtulnadzirah.ghazali@ptp.com.my atau hr@ptp.com.my

Hanya pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Untuk maklumat lanjut berkenaan program ditawarkan, anda boleh terus ke:

Tawaran Program Perantis Jurutera Muda Yayasan Peneraju Terbuka Buat Graduan

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.