Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Cara Mudah Download Buku Teks Sekolah Menggunakan Telegram Bot Buku Teks KSSR

Oleh Cikgu Shaari • May 17, 2021 • 2 min baca

Cara Mudah Download Buku Teks Sekolah Menggunakan Telegram Bot Buku Teks KSSR
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Lebih mudah! Jika sebelum ini anda diperkenalkan dengan aplikasi KSSR untuk dapatkan buku teks digital, kini anda boleh dapatkan buku teks digital dengan mudah melalui Telegram bot sahaja. Zaman sekarang ini boleh dikatakan hampir semua orang ada aplikasi Telegram di telefon pintar masing-masing untuk kemudahan berkomunikasi dan mendapatkan maklumat.

Memandangkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula lagi, buku teks digital adalah penting untuk memudahkan guru-guru, ibu bapa dan pelajar sekolah. Selepas ini dah tak perlu susah-susah cari buku teks digital di laman web. Anda boleh muat turun buku teks pilihan dengan pantas!

Berikut adalah panduan memuat turun Buku Teks KSSR menggunakan Telegram Bot dengan mudah.

CARA DOWNLOAD BUKU TEKS SEKOLAH GUNA TELEGRAM BOT

Ikuti langkah berikut untuk memuat naik buku teks sekolah menggunakan Telegram Bot:

  1. Bagi yang belum ada Telegram, anda diminta untuk install terlebih dahulu. Dah ada Telegram, klik pautan berikut:
    https://t.me/BukuTeksKSSR_bot
  2. Klik START untuk bermula
    Cara Mudah Download Buku Teks Sekolah Menggunakan Telegram Bot Buku Teks KSSR
  3. Klik pada menu BUKU TEKS untuk dapatkan buku teks atau mana-mana menu lain yang diinginkan
    Cara Mudah Download Buku Teks Sekolah Menggunakan Telegram Bot Buku Teks KSSR
  4. Pilih Tahun persekolahan yang berkaitan
    Cara Mudah Download Buku Teks Sekolah Menggunakan Telegram Bot Buku Teks KSSR
  5. Senarai buku teks setiap mata pelajaran tahun yang dipilih akan diberikan
    Cara Mudah Download Buku Teks Sekolah Menggunakan Telegram Bot Buku Teks KSSR
  6. Klik butang download untuk muat turun buku teks yang anda mahu
  7. Dah selesai download, klik icon file tersebut untuk buka buku teks anda
    Cara Mudah Download Buku Teks Sekolah Menggunakan Telegram Bot Buku Teks KSSR

Mudah kan? Dah tak perlu susah-susah cari laman web yang menyediakan buku teks digital dah selepas ini. Semoga kemudahan ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa, guru guru dan murid-murid yang meneruskan pembelajaran di rumah.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.