Pelbagai Peluang Kerjaya Di Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Ini Cara Mohon
Warganegara Malaysia yang merupakan penduduk Perak boleh mohon peluang kerjaya di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Perak yang kini sedang dibuka! Pelbagai jawatan ditawarkan khas untuk semua jenis kelayakan termasuk untuk individu yang memiliki minima sijil PMR/PT3, SPM atau Diploma.
Permohonan boleh dibuat dalam tempoh yang ditetapkan secara atas talian di laman permohonan kerja SPA9. Perlu diingatkan bahawa hanya permohonan yang dibuat dalam tempoh iklan sahaja akan diproses.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama jawatan: Pelbagai jawatan
- Lokasi: Negeri Perak
- Tarikh tutup permohonan: 4 Mei 2021 (Selasa)
SENARAI JAWATAN DITAWARKAN
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
- Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
- Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
- Penolong Pemelihara Hutan Gred G29
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
- Pengawas Hutan Gred G19
- Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
- Pembantu Awam Gred H11
SYARAT LANTIKAN
Semak syarat lantikan setiap jawatan di bawah:
CARA MOHON JAWATAN
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian akademik anda dan pilih jawatan yang ingin dipohon.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. Gambar di bawah adalah contoh sahaja. Sila pilih jawatan yang betul.
Langkah 4
Jawatan dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Untuk elakkan anda melalukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.
Selamat memohon!