Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Senarai Kerja Ekonomi Gig Yang Boleh Dijadikan Kerja Sambilan Untuk Tambah Pendapatan

Oleh Cikgu Shaari • April 22, 2021 • 2 min baca

Senarai Kerja Ekonomi Gig Yang Boleh Dijadikan Kerja Sambilan Untuk Tambah Pendapatan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Ramai yang kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19 kerana banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar. Namun, rakyat Malaysia tidak pernah putus asa untuk sentiasa mencari cara tambah pendapatan. Jika dilihat zaman sekarang ini, ramai yang mengambil inisiatif untuk tambah pendapatan melalui pekerjaan Gig seperti Foodpanda dan e-hailing kan?

Ekonomi gig atau turut dikenali sebagai “Gig Economy” adalah satu trend sistem pasaran bebas yang memberi kebebasan kepada organisasi dan pekerja untuk menjalani kontrak kerja suka sama suka tanpa perlu mengajikan pekerja sepenuh masa. Dalam erta kata lain, anda menjadi freelancer yang berkemampuan untuk bekerja secara fleksibel tanpa bekerja secara rutin.

Ramai tak tahu sebenarnya banyak syarikat Ekonomi Gig yang membuka peluang tambah pendapatan yang besar dalam pelbagai bidang bukan sahaja terhad kepada penghantaran makanan ataupun e-hailing.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai pekerjaan ekonomi Gig yang boleh anda cuba untuk tambah pendapatan.

SENARAI PEKERJAAN EKONOMI GIG

Ehailing / Driver

  • Grabcar
  • MakCik Travel.com ( perempuan sahaja)
  • MyCar
  • Maxim
  • Mula
  • RidingPink (perempuan)

Penghantar Makanan/ Barang (Rider)

  • Foodpanda (makanan)
  • DeliverEat (makanan)
  • Lalamove (barang)
  • Matdespatch (barang)
  • TapauJe (makanan)
  • Thelorry (barang)

Jual Gambar/ Video

  • 123RF
  • iStock

Freelance Jobs

  • Favser (Buat duit dengan skill yang anda ada)
  • Freelancer
  • Goget
  • Kaodim
  • ServisHero
  • Supahands
  • Udemy
  • Upwork
  • Bateriku (freelance technician)

Tutor

  • Snapask
  • Siftutor (online tutor)

Jaga Haiwan

  • Jompaw

Guna Kereta Sendiri

  • MyBump Media (Tampal advertisement sticker di kereta)
  • Moovby (sewakan kereta)

Bagi yang ingin tambah pendapatan ataupun sedang mencari kerja tetap, anda boleh cuba lakukan pekerjaan ekonomi gig yang sesuai dengan kemampuan anda. Anda boleh cuba ke laman web syarikat yang anda berminat untuk ketahui cara tambah pendapatan melalui perkhidmatan disediakan. Sebenarnya banyak lagi pekerjaan gig yang boleh anda cuba. Jika nak berjaya, anda hanya perlu menjadi rajin.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.