Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Semak Tarikh Rasmi Bayaran Akhir i-Lestari Bulan April 2021

Oleh Cikgu Shaari • March 24, 2021 • 2 min baca

Semak Tarikh Rasmi Bayaran Akhir i-Lestari Bulan April 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bagi yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP tahun 2020, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan sebelum ini telah dikreditkan ke akaun masing-masing seperti yang ditetapkan. Sekiranya anda masih belum terima bayaran atau gagal dikreditkan, anda boleh kemaskini akaun bank di portal i-Lestari Online atau terima Cek Jurubank daripada KWSP.

Baca sini: Lestari KWSP Gagal Kreditkan Ke Akaun? Ini Cara Kemaskini Maklumat Yang Perlu Anda Lakukan

Seperti yang kita tahu, pembayaran i-Lestari bulan Mac telah dibayar lebih awal daripada yang dijadualkan, iaitu bayaran dibuat pada bulan Februari. Ahli yang buat pengeluaran i-Lestari telah terima bayaran sebanyak 2 kali pada bulan Februari.

Tiada sebarang bayaran i-Lestari dibuat pada Mac 2021. Pasti ada yang sudah tidak sabar untuk tahu bila tarikh bayaran i-Lestari April pula kan?

BAYARAN TERAKHIR i-LESTARI

Untuk makluman anda, pembayaran i-lestari bagi bulan April merupakan bayaran terakhir yang akan diterima. Selepas ini, tiada lagi bayaran bulanan i-Lestari akan dibuat ke akaun masing-masing.

Walaubagaimanapun, Ahli KWSP yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 KWSP boleh masih boleh buat permohonan pengeluaran menerusi i-Sinar yang dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Jangan risau, tiada sebarang syarat dikenakan untuk buat pengeluaran i-Sinar. Ahli boleh buat pengeluaran sehingga RM10,000 sekiranya simpanan kurang daripada RM100,000 manakala pengeluaran maksimum RM60,000 jika baki akaun lebih daripada RM100,000.

TARIKH BAYARAN I-LESTARI APRIL

Seperti dimaklumkan, bayaran i-lestari bulan April 2021 akan dibayar mengikut jadual pembayaran sebelum ini iaitu:

  • Mulai 1 April 2021

Semak jadual lengkap pembayaran i-Lestari bulan April di bawah:

Untuk dapatkan tarikh bayaran i-Lestari April anda yang lebih jelas, anda boleh buat semakan secara online di laman i-Akaun.

CARA SEMAK TARIKH BAYARAN i-LESTARI

Semakan boleh dibuat secara online melalui i-Akaun. Bagi ahli KWSP yang masih belum ada i-Akaun, anda boleh DAFTAR i-AKAUN sekarang dengan mudah. Bagi yang nak semak tarikh bayaran bulan April i-Lestari, anda perlu Log Masuk i-Akaun.

i-Lestari & i-Sinar Bulan Mac Sudah Mula Dibayar. Ini Cara Semak Tarikh Bayaran Secara Online

Dah log masuk, pergi ke bahagian PENGELUARAN.

i-Lestari & i-Sinar Bulan Mac Sudah Mula Dibayar. Ini Cara Semak Tarikh Bayaran Secara Online

Pilih Sejarah Pengeluaran

i-Lestari & i-Sinar Bulan Mac Sudah Mula Dibayar. Ini Cara Semak Tarikh Bayaran Secara Online

Klik i-Lestari

i-Lestari & i-Sinar Bulan Mac Sudah Mula Dibayar. Ini Cara Semak Tarikh Bayaran Secara Online

Maklumat pembayaran i-Lestari anda akan dipaparkan.

tarikh bayaran ilestari april

Nak sambung buat pengeluaran simpanan KWSP untuk bulan seterusnya? Anda boleh buat permohonan i-Sinar sekarang. Klik butang di bawah:

MOHON I SINAR

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.