Syarat Pengambilan PDRM Dilonggarkan. Ini Cara Mohon Jawatan PDRM Terkini
Warga Malaysia bukan Bumiputera yang layak kini boleh mengisi kekosongan jawatan konstabel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa perlu mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurut Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din, kelonggaran syarat itu diberi bagi permohonan jawatan konstabel Gred YA1 lelaki dan perempuan menerusi Pengambilan Khas Bukan Bumiputera mulai 18 Mac ini.
Ikuti perkongsian di bawah senarai jawatan ditawarkan dan panduan permohonan pengambilan PDRM terkini menerusi e-pengambilan.
Isi Kandungan
KELONGGARAN SYARAT PENGAMBILAN PDRM
PDRM melonggarkan syarat pengambilan PDRM sebagai galakan supaya lebih ramai rakyat Malaysia bukan Bumiputera menyertai PDRM kerana pasukan ini memerlukan khidmat mereka.
Berikut adalah syarat permohonan bagi Pengambilan Khas Bukan Bumiputera yang ditetapkan:
- Warga Malaysia bukan Bumiputera layak mohon
- Tidak perlu kepujian dalam subjek BM peringkat SPM untuk mohon
- Mereka yang terpilih ke dalam jawatan perlu menduduki semula Bahasa Melayu peringkat SPM dalam tempoh 6 tahun perkhidmatan dan perlu lulus
- Sekiranya masih gagal dalam tempoh enam tahun, khidmat mereka akan ditamatkan
- Keutamaan diberi kepada pemohon bukan Bumiputera yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Cina, Tamil dan bahasa ibunda lain
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun
- Lulus SPM atau kelayakan yang diiktiraf kerajaan
- Memiliki satu kepujian untuk mana-mana subjek peringkat SPM
- Lulus empat mata pelajaran lain atau lulus Sijil Vokasional Malaysia
- Memenuhi syarat kelayakan fizikal sekurang-kurangnya:
– Tinggi: 163 cm (lelaki), 157 cm (wanita)
– Berat: 50kg (lelaki), 48kg (wanita)
PDRM juga akan mengadakan pengambilan khas bagi Orang Asli menyertai PDRM. Kelonggaran syarat pengambilan khas Orang Asli bagi jawatan Konstabel Gred YP1 adalah ketinggian 160 cm bagi lelaki dan 155 cm bagi wanita.
Baca juga: Rabun, Tapi Berminat Kerja Polis Atau Badan Beruniform? Ini Cara Lepas Ujian Penglihatan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat pada:
- 18 hingga 31 Mac 2021
SENARAI JAWATAN DITAWARKAN
Antara senarai jawatan yang ditawarkan dan boleh dimohon orang semua warganegara Malaysia adalah:
- Inspektor Gred YA13
- Sarjan Gred YA5
- Konstabel Gred YA1
- Konstabel Sokongan Gred YT1
- Konstabel Orang Asli Gred YP1
CARA MOHON
Permohonan boleh dibuat mulai 18 Mac dengan langkah berikut:
- Pergi ke laman e-PENGAMBILAN PDRM
- Klik PENDAFTARAN BARU bagi pemohon baru.
- Selesai daftar, masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang didaftarkan untuk log masuk
- Isi borang permohonan online yang disediakan
- Muat naik resume di ruangan yang disediakan
- Sahkan permohonan anda dan klik HANTAR BORANG
Pemohon yang layak dan hantar permohonan yang lengkap akan dipanggil ke sesi temu duga yang akan diadakan di bandar besar di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berkaitan pengambilan PDRM, anda boleh terus ke laman e-PENGAMBILAN PDRM.