Kerjaya

Rabun, Tapi Berminat Kerja Polis Atau Badan Beruniform? Ini Cara Lepas Ujian Penglihatan

December 21, 2022Oleh Cikgu Shaari2 min baca
Rabun, Tapi Berminat Kerja Polis Atau Badan Beruniform? Ini Cara Melepasi Ujian Penglihatan

Berminat nak mohon kerja badan beruniform seperti Polis, Bomba, Imigresen dan sebagainya tetapi anda rabun? Ramai juga yang mengalami masalah ini. Tahu tak, sebenarnya anda boleh mohon jawatan-jawatan idaman ramai ini tetapi dengan syarat melepasi ujian fizikal pada tahap yang ditetapkan.

Jangan risau, tahap rabun akan diuji dan ada kemungkinan juga untuk anda lulus ujian ini! Mungkin ramai yang takut nak mohon sebab mengalami masalah yang sama. Belum cuba belum tahu, tidak salah untuk anda mohon dan cuba hadir dulu ujian untuk tahu kelayakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui bagaimana ujian penglihatan calon diuji semasa ujian fizikal bagi jawatan badan beruniform.

SYARAT KELAYAKAN FIZIKAL

Biasanya kelayakan fizikal yang ditetapkan bagi jawatan badan beruniform adalah seperti berikut:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 163 cm(lelaki) dan 157cm (wanita) tanpa bersepatu
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg
  • Mempunyai kurusan BMI di antara julat 19 hingga 26
  • Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja)
  • Lulus UJIAN PENGLIHATAN bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lengkap)
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)
Nota: Syarat kelayakan mungkin berbeza mengikut jenis jawatan.

BAGAIMANA UJIAN PENGLIHATAN DIUJI

Seperti yang dinyatakan dalam syarat, calon mestilah lulus ujian penglihatan seperti berikut:

  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa cermin mata/ kanta lekap
  • Ujian pengecaman warna (tidak rabun warna)

Ujian Pengecaman Warna

Untuk ujian pengecaman warna, tidak susah pun untuk anda LULUS, yang penting adalah anda TIDAK RABUN WARNA. Ujian pengecaman warna ini diuji dengan cara:

  • Calon diminta baca nombor pada gambar tertera

Contohnya seperti berikut:

Rabun, Tetapi Berminat Kerja Polis Atau Badan Beruniform? Ini Cara Melepasi Ujian Penglihatan

Jika anda dapat melihat dengan jelas, ini bermaksud anda tidak ada masalah rabun warna.

Ujian Penglihatan (Rabun Jauh)

Bagi menentukan calon melepasi syarat ujian penglihatan, calon akan diuji dengan ujian rabun jauh. Penglihatan mestilah sekurang-kurangnya vision 6/9 untuk LULUS. Apa maksud vision 6/9?

  • Vision 6/9 (V/6/9) adalah barisan minimum (garisan hijau dalam gambar) yang perlu dibaca dengan betul
  • Hanya 3 minimum kesalahan diberi untuk setiap calon

Rabun, Tetapi Berminat Kerja Polis Atau Badan Beruniform? Ini Cara Melepasi Ujian Penglihatan

Jika calon dapat baca semua barisan yang diarahkan tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap, anda LULUS ujian ini.

Ini bermaksud, tiada masalah pun untuk orang rabun memohon kerja badan beruniform seperti polis dan sebagainya, dengan syarat tahap penglihatan tidak terlalu teruk dan melepasi syarat.

Tidak salah untuk mencuba. Jika dapat panggilan menghadiri ujian pemeriksaan fizikal, pergi sahaja! Anda tidak akan tahu tahap kemampuan anda jika anda tidak cuba. Jangan jadikan ‘rabun’ sebagai alasan untuk anda putus asa mohon kerja badan beruniform.

Semoga bermanfaat!

Topik artikel ini
Kerjaya
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Update Pantas Join Telegram EduBestari Notis penting, semakan dan artikel terbaru terus ke telefon anda