Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) RISDA. Mohon & Terima RM1,000

Oleh Cikgu Shaari • March 12, 2021 • 3 min baca

Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) RISDA. Mohon & Terima RM1,000
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) ini adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada pekebun kecil, wargakerja RISDA / pesara RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) atau keluarga terdekat yang mengalami kecacatan atau kehilangan upaya

Tujuan SBOKU ini diberikan adalah bagi meringankan penderitaan hidup dan mengembangkan keupayaannya wargakerja RISDA.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan bantuan OKU RISDA.

KADAR BANTUAN

Pembiayaan adalah secara ‘one-off’ samada dalam bentuk kewangan atau mata benda dengan kadar maksimum:

  • RM1,000.00.

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon hendaklah terdiri daripada pekebun kecil / keluarga terdekat yang disahkan oleh Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian atau Bahagian Tanam Semula Ibu Pejabat atau wargakerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA atau keluarga terdekat yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
  • Pendapatan isirumah sekeluarga hendaklah RM3,000.00 dan ke bawah sebulan.
  • Pemohon perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kelainan Upaya ( OKU ). Semakan boleh dibuat di laman web Sistem Pengurusan Maklumat OKU (http://spmoku.jkm.gov.my/smoku/)
  • Pemohon perlu mendapat perakuan untuk alat yang bakal digunakan daripada Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan Malaysia.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Setiap permohonan perlu disertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk tindakan urusetia Yayasan RISDA:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Surat Beranak OKU yang disahkan untuk kegunaan Yayasan RISDA sahaja
  • Salinan Surat Tanam Semula RISDA sebagai bukti Pekebun Kecil ( TS32 / RISDA7 / TS 18A ) atau kad pekerja sebagai bukti wargakerja RISDA / SMR
  • Salinan geran tanah Tanam Semula sebagai bukti Pekebun Kecil
  • Salinan Penyata Gaji / pengesahan Pendapatan Pemohon OKU
  • Salinan surat pengesahan Doktor sebagai OKU / Kad OKU
  • Sebutharga Harga Mesin / Alat Bantuan yang diperlukan
  • Gambar pemohon OKU

CARA MOHON

  1. Permohonan bantuan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang telah disediakan oleh Yayasan RISDA iaitu Borang SBOKU 4.2
  2. Borang permohonan yang telah lengkap bersama dokumen sokongan dihantar kepada Urusetia Yayasan RISDA melalui Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri,  Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian
  3. Setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian atau Ketua Pegawai Eksekutif SMR bagi memastikan borang permohonan lengkap, menepati syarat kelayakan bantuan dan mengesahkan pemohon adalah Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA / SMR
  4. Jawatankuasa Penilai Yayasan akan memberi pertimbangan ke atas semua permohonan yang diterima dan keputusannya adalah muktamad dan Jawatankuasa tidak terikat untuk memberi apa-apa alasan jika terdapat bantahan semasa menolak permohonan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus berurusan di pejabat RISDA negeri masing-masing. Muat turun borang permohonan bantuan di bawah:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.