Ibu Bapa Tiada Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Daftar Vaksinasi Covid-19 Secara Online

Untuk makluman anda, kerajaan menyediakan lima kaedah pendaftaran menerusi dalam talian atau secara manual untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di negara ini. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasminya telah melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Untuk urusan yang lebih mudah, orang ramai digalakkan untuk membuat pendaftaran vaksinasi Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera. Namun bagi individu yang mempunyai ibu bapa yang tiada aplikasi MySejahtera boleh buat pendaftaran untuk mereka secara online sahaja.

Pendaftaran awal secara online ini adalah penting untuk memudahkan urusan orang ramai dan proses penerimaan suntikan lebih cepat. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara daftar vaksinasi Covid-19 tanpa menggunakan MySejahtera.

CARA DAFTAR VAKSINASI COVID-19 ONLINE

Berikut adalah panduan membuat pendaftaran vaksinasi Covid-19 secara online tanpa menggunakan MySejahtera:

  1. Pergi ke laman www.vaksincovid.gov.my/daftar/
  2. Isikan maklumat diminta seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. Tel, Negeri dan Emel (jika ada)
    Ibu Bapa Tiada Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Daftar Vaksinasi Covid-19 Secara Online
  3. Jawab 3 Soalan yang ditanya dengan BETUL
    Ibu Bapa Tiada Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Daftar Vaksinasi Covid-19 Secara Online
  4. Masukkan alamat rumah pendaftar
    Ibu Bapa Tiada Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Daftar Vaksinasi Covid-19 Secara Online
  5. Tick pada kotak yang disediakan dan klik HANTAR
    Ibu Bapa Tiada Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Daftar Vaksinasi Covid-19 Secara Online

Sila pastikan semua maklumat yang diberi adalah lengkap dan tepat untuk kelancaran proses pendaftaran. Jika anda adalah pengguna MySejahtera, sila buat pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi, ini kerana semua maklumat anda sudah berada di dalam rekod pangkalan data.

Hanya warganegara Malaysia yang tidak mempunyai aplikasi Mysejahtera sahaja perlu membuat pendaftaran secara online dengan langkah yang dinyatakan. Selesai pendaftaran, anda perlu tunggu makluman berikutnya.

Selain secara online, pendaftaran boleh dibuat dengan hubungi hotline berikut:

  • Hotline: 1800 888 828

PROSES PENERIMAAN SUNTIKAN

Ibu Bapa Tiada Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Daftar Vaksinasi Covid-19 Secara Online

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan, anda boleh terus ke laman www.vaksincovid.gov.my/.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma