Kadar Dividen KWSP Tahun 2021: Ini Cara Semak Jumlah Dividen Yang Diterima
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 2 Mac 2022 lepas telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan 2021. Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.50% bagi Simpanan Konvensional manakala kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.
Dengan kemudahan i-Akaun yang ada, pencarum KWSP kini boleh buat semakan jumlah dividen tahunan masing-masing yang diterima secara online sahaja dengan mudah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak kadar dividen KWSP tahun 2021 dan cara buat semakan jumlah dividen tahunan yang diterima.
Isi Kandungan
KADAR DIVIDEN KWSP 2021
Pihak KWSP telah mengumumkan kadar dividen KWSP bagi tahun kewangan 2021 adalah seperti berikut:
- Simpanan Konvensional: 6.10%
- Simpanan Shariah: 5.65%
Baca juga: Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online
Kadar Dividen Pada Tahun Sebelumnya
Semak kadar dividen KWSP bagi tahun-tahun sebelumnya:
CARA SEMAK JUMLAH DIVIDEN KWSP YANG DITERIMA
Dah tahu kadar dividen KWSP tahun 2021 bolehlah semak jumlah dividen tahunan yang anda terima pula berdasarkan baki simpanan KWSP semasa. Ahli boleh menyemak kadar dividen KWSP 2021 bermula pada 6 Mac 2022 dan digalakkan membuat semakan melalui i-Akaun.
Berikut adalah panduan semakan jumlah dividen KWSP diterima secara online:
Log masuk ke i-Akaun KWSP anda. Bagi yang belum pernah buat daftar i-Akaun, anda boleh daftar sekarang dengan mudah.
Rujuk: Panduan Pendaftaran i-Akaun KWSP
Bila dah daftar dan log masuk i-Akaun, makluman kadar agihan dividen KWSP bagi tahun 2021 akan dipaparkan di halaman HOME. Jumlah dividen yang dikreditkan ke akaun KWSP anda akan dipaparkan seperti berikut.
Untuk semak baki simpanan KWSP anda, boleh klik ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’. Baki simpanan baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP anda akan dipaparkan
Baca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2 Tak Perlu Tunggu Umur Bersara
Untuk buat pengeluaran simpanan KWSP untuk pelbagai kegunaan, anda boleh buat permohonan melalui e-pengeluaran. Rujuk panduan pengeluaran KWSP melalui e-pengeluaran. Anda juga boleh buat permohonan pengeluaran KWSP melalui i-Sinar TANPA SYARAT dengan pengeluaran mudah mulai 8 Mac 2021.