Status BPR Masih “Permohonan Diterima”, Lulus Atau Tidak? Ini Penjelasan Buat Anda
Bila dilihat di laman Facebook, sudah ramai pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 telah menerima bayaran masing-masing sejak Isnin lalu (22 Februari 2021). Namun ramai juga pemohon baru atau penerima sedia ada masih belum terima bayaran masing-masing.
Jika buat semakan status permohonan BPR di portal MyBPR, status akan memaparkan “Permohonan Diterima”. Pasti ramai yang sudah mula gelisah, takut tidak lulus kan?
Jangan risau, ikuti perkongsian di bawah untuk penjelasan berkenaan bayaran kepada pemohon yang masih dalam status “Permohonan Diterima”.
Isi Kandungan
STATUS “PERMOHONAN DITERIMA”
Untuk makluman anda, jika anda buat semakan status permohonan BPR sekarang, memang semua individu akan masih dalam status “Permohonan Diterima”. Termasuk juga individu yang telah terima bayaran sejak 22 Februari lalu.
Tiada status “LULUS” akan dipaparkan buat masa ini. Pemohon yang layak akan terus terima bayaran pada tarikh yang ditetapkan. Menteri Kewangan juga telah mengeluarkan tarikh rasmi bayaran BPR bagi fasa pertama iaitu mulai 24 Februari 2021.
PERMOHONAN LULUS ATAU TIDAK?
Pasti individu yang belum terima bayaran sudah mula risau sama ada permohonan lulus atau tidak. Jangan risau, penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebelum ini pasti akan LULUS permohonan BPR kali ini. Anda hanya perlu tunggu bayaran dibuat secara berperingkat mulai 24 Februari 2021.
Bagi pemohon baharu, jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan isi rumah dan syarat kelayakan bujang bagi permohonan BPR anda sudah tidak perlu risau. Bayaran akan dibuat mengikut tarikh ditetapkan.
BILA BAYARAN AKAN DIBUAT?
Buat masa ini, pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah antara penerima paling awal yang menerima bayaran BPR iaitu sejak 22 Februari 2021 lalu sudah ramai pengguna BSN terima bayaran masing-masing.
Jangan risau, pemegang akaun bank lain yang layak juga akan terima bayaran masing-masing mulai 24 Februari bagi semua kategori mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan.
Rujuk: Jadual Pembayaran BPR Semua Kategori
Ketahui Kadar Bayaran Fasa Pertama BPR yang akan diterima nanti. Orang ramai diminta sabar menunggu wang bantuan masuk ke akaun masing-masing kerana bayaran akan dibuat secara berperingkat.