Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

KTM Young Talent: Tawaran Program Kemahiran Kerja Dalam Industri Keretapi Terbuka Buat Graduan

Oleh Cikgu Shaari • February 24, 2021 • 2 min baca

KTM Young Talent: Tawaran Program Kemahiran Kerja Dalam Industri Keretapi Terbuka Buat Graduan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tawaran menarik buat graduan! Kereta Tanah Melayu (KTM) Berhad kini menawarkan KTM Young Talent Program buat graduan dari pelbagai bidang pengajian yang berminat untuk meningkatkan kemahiran kerja dan belajar kemahiran kerja dalam industri keretapi.

Graduan yang merupakan Warganegara Malaysia dan memenuhi kriteria yang ditetapkan dialu-alukan untuk mohon sekarang. Tawaran adalah dibuka kepada semua graduan yang berminat untuk belajar.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan KTM Berhad Young Talent Program serta syarat kelayakan untuk menyertai program ditawarkan.

KTMB YOUNG TALENT PROGRAM

Apa yang menariknya tentang KTMB Young Talent Program adalah, peserta berpeluang mendapat:

  • Pembelajaran holistik dengan pengalaman dalam putaran pekerjaan di seluruh landasan kereta api
  • Meningkatkan kemahiran kepimpinan antara satu sama lain, melalui penglibatan dalam kumpulan projek khas
  • Pendedahan taraf antarabangsa dalam pengetahuan peringkat global industri keretapi
  • Pembelajaran berpengalaman melalui projek pengurusan dan persembahan ke peringkat pengurusan atasan
  • Berpeluang mendapat tunjuk ajar dan bimbingan secara bersemuka daripada mentor yang berdedikasi sepanjang program

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon yang ingin mengikuti KTMB Young Talent Program mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Graduan dengan pencapaian akademik yang baik sekurang-kurangnya CGPA 3.50
  • Berupaya menunjukkan keupayaan kepimpinan dan kesungguhan untuk berkembang
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana dalam mana-mana bidang berikut:
    a) Engineering (Mechanical / Electrical / Electronics ); atau
    b)Finance / Business Administration / Economics / Safety & Health / Information Technology / Procurement

CARA MEMOHON

Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk menyertai KTMB Young Talent Program, anda boleh mohon sebelum 19 Mac 2021 dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan form.ktmb.com.my
  2. Bagi pendaftaran kali pertama, klik REGISTER
    KTM Young Talent: Tawaran Program Pendedahan Kerja Dalam Industri Keretapi Terbuka Buat Graduan
  3. Lengkapkan maklumat diminta dan klik REGISTER
    KTM Young Talent: Tawaran Program Pendedahan Kerja Dalam Industri Keretapi Terbuka Buat Graduan
  4. Dah selesai daftar, masukkan nombor kad pengenalan dan password untuk log masuk. Klik LOGIN
    KTM Young Talent: Tawaran Program Pendedahan Kerja Dalam Industri Keretapi Terbuka Buat Graduan
  5. Dah log masuk, pastikan anda lengkap semua maklumat diminta daripada Section A sehingga Section F
    KTM Young Talent: Tawaran Program Pendedahan Kerja Dalam Industri Keretapi Terbuka Buat Graduan
  6. Klik Application Status jika ingin buat semakan status permohonan
    KTM Young Talent: Tawaran Program Pendedahan Kerja Dalam Industri Keretapi Terbuka Buat Graduan

Klik pautan berikut untuk panduan lengkap membuat permohonan KTMB Young Talent Program:

MANUAL PERMOHONAN KTMB YOUNG TALENT

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.