Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

E-Filing: Serahan Borang Cukai Pendapatan 2022 Bermula 1 Mac 2023

Oleh Cikgu Shaari • February 24, 2023 • 2 min baca

E-Filing: Serahan Borang Cukai Pendapatan 2022 Bermula 1 Mac 2023
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Tahun Saraan 2022 dan Tahun Taksiran 2022 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac 2023.

Pembayar cukai boleh boleh mengakses e-Filing melalui portal rasmi LHDNM untuk menjelaskan pembayaran cukai bagi tahun taksiran 2022. Pembayar cukai yang kali pertama log masuk ke sistem e-Filing perlu mendapatkan pin terlebih dahulu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut serahan borang cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2022.

PEMBAYAR CUKAI KALI PERTAMA

Pembayar cukai yang kali pertama log masuk ke sistem e-Filing perlu mendapatkan nombor pin terlebih dahulu dengan:

  • Hadir ke cawangan LHDNM; atau
  • Secara dalam talian melalui borang maklum balas di portal rasmi LHDNM

Rujuk: Panduan Lengkap Permohonan Nombor Pin Bagi Pembayar Cukai Kali Pertama

E-Filing: Serahan Borang Cukai Pendapatan 2020 Bermula 1 Mac 2021

SERAHAN BORANG CUKAI PENDAPATAN MELALUI E-FILING

E-FILING merupakan satu untuk menghantar Borang Nyata Cukai (BNCP) Pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) secara elektronik melalui Internet. Melalui kaedah ini, pembayar cukai boleh menghantar borang ini dengan mudah, cepat dan selamat tanpa perlu pergi ke kaunter LHDNM.

Bermula 1 Mac 2023, pembayar cukai boleh menghantar borang cukai pendapatan masing-masing melalui e-Filing.

Rujuk: Panduan Terkini Cara Isi E-Filing Cukai Pendapatan LHDNM

TERLUPA KATA LALUAN

Bagi pembayar cukai yang nak hantar borang cukai pendapatan melalui e-filing tetapi terlupa kata laluan untuk log masuk, anda boleh dapatkan kata laluan semula melalui 3 kaedah berikut:

  • Melalui Email
  • Melalui Nombor Telefon
  • Hadir ke cawangan LHDNM

Tak perlu susah-susah hadir ke cawangan LHDN, buat di rumah sahaja.

Rujuk: Cara Reset Kata Laluan e-Filing LHDN

SENARAI PELEPASAN CUKAI 2022/2023

Melalui laman Facebook, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan senarai pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2022 yang boleh dituntut oleh para pembayar cukai pendapatan.

Semak: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Terkini Yang Boleh Dituntut

Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan borang nyata dan membayar cukai pendapatan masing-masing dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan.

TARIKH AKHIR E-FILING 2023

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai serahan borang cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2022 e-Filing anda boleh terus ke cawangan LHDN berdekatan atau hubungi LHDN di saluran berikut:

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.