Biasiswa

Permohonan Biasiswa Diploma QKB MPP Sesi Pengajian 2022/2023 Dibuka Buat Pelajar UPM

February 24, 2023Oleh Cikgu Shaari1 min baca

Universiti Putra Malaysia ingin mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon BIASISWA QKB MPP 010/011 MPP 04 SESI 2022/2023 bagi menampung kos pengajian di Universiti Putra Malaysia. Terbuka kepada pelajar Semester Kedua, Tahun Pertama daripada program diploma seperti disenaraikan.

Permohonan bagi calon yang berkelayakan mestilah dibuat dengan mengisi borang permohonan online yang disediakan dan dihantar selewat-lewatnya 3 Mac 2023.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa ditawarkan dan panduan permohonan.

BIDANG PENGAJIAN YANG LAYAK

Tawaran adalah terbuka kepada pelajar semester kedua, tahun oertama daripada program pengajian berikut:

  • Diploma Pertanian
  • Diploma Perikanan
  • Diploma Perhutanan
  • Diploma Pengurusan Perladangan Makanan

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran dibuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Calon adalah warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pelajar dari bidang pengajian seperti dinyatakan
  • Pelajar mempunyai keputusan yang baik di peringkat SPM dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang  pertanian
  • Hanya pelajar semester kedua, tahun pertama sahaja yang layak memohon
  • Pendapatan isi rumah haruslah berjumlah RM3,000 ke bawah dan bagi pelajar Asnaf akan diberikan keutamaan.

CARA MOHON

Calon yang berminat dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas boleh memuat turun borang permohonan yang disediakan di laman sesawangan Pusat Perhubungan Alumni UPM atau di bawah:

BORANG PERMOHONAN BIASISWA

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa ditawarkan, anda boleh hubungi Pegawai Perhubungan di talian berikut:

  • En Muhammad Farhan Afif: 03 9769 1260
  • Cik Nur Sahira: 03 9769 1260
Topik artikel ini
Biasiswa Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda