Permohonan Baru i-Sinar Dibuka Sehingga 30 Jun 2021
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif tersebut mengambil kira maklum balas pihak awam. Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.
Walaubagaimanapun KWSP telah memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama 6 bulan adalah kekal dan individu yang belum buat permohonan i-Sinar masih boleh mohon sehingga 30 Jun 2021.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemansuhan syarat i-Sinar.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN I-SINAR
Permohonan i-Sinar boleh dibuat sehingga:
- Tarikh tutup: 30 Jun 2021
TUJUAN PEMANSUHAN SYARAT I-SINAR
Pemansuhan syarat i-Sinar diperkenalkan adalah bagi:
- Memberi kemudahan pengeluaran
- Membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 tertakluk kepada baki sedia ada
- Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik mulai 8 Mac 2021
JUMLAH PENGELUARAN KEKAL
KWSP telah memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum adalah kekal seperti berikut:
- Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000
- Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walaubagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akaun dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000
Semak: Jadual Pembayaran i-Sinar
PERMOHONAN I-SINAR TANPA SYARAT
Terkini, KWSP telah memaklumkan permohonan i Sinar tanpa syarat adalah bermula 8 Mac 2021 ini. KWSP menasihatkan ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar sebelum ini dan berhasrat untuk memohon mula buat permohonan i-Sinar tanpa syarat bermula 8 Mac.
Pemohon TIDAK PERLU memuat naik sebarang dokumen bagi membuat permohonan i-Sinar tanpa syarat. Pemohon yang pernah membuat permohonan sebelum ini dan GAGAL juga LAYAK mohon i-Sinar tanpa syarat.
Baca juga: Cara Tukar Amaun Pengelauaran i-Sinar Secara Online
CARA MOHON I SINAR TANPA SYARAT
Berikut adalah cara mohon i-Sinar tanpa syarat bermula 8 Mac 2021:
- Pergi ke pautan https://isinar.kwsp.gov.my/. Klik PERMOHONAN BARU
- Isikan Nombor MyKad dan Nombor Telefon Bimbit dan klik TERUSKAN
- isikan Nombor OTP yang diterima ATAU Jawan Soalan keselamatan
- Tetapkan Amaun Pilihan, bayaran Bulanan Pertama dan klik TERUSKAN. Lengkapkan maklumat pemohon
- Lengkapkan Maklumat Permohonan dan Klik TERUSKAN. Permohonan anda diterima dan akan diproses
Hanya 5 HARI sahaja tempoh kelulusan diambil.
SEMAKAN STATUS BAYARAN & KELULUSAN
Bagi Ahli yang telah membuat permohonan sebelum ini dan permohonan masih dalam proses, anda boleh buat semakan semula status bayaran dan kelulusan bermula 8 Mac 2021. Jangan risau, semua permohonan akan diluluskan. Ahli hanya perlu semak tarikh bayaran sahaja. Semakan status permohonan boleh dibuat di sini:
CONTOH SITUASI
Bagi memberi penjelasan lanjut, berikut adalah contoh situasi ahli:
Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-SInar di 03 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.