BPR 2021: Permohonan & Kemaskini Sehingga 25 Februari. Mohon & Semak Segera

Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini dibuka sehingga 15 Februari kini telah dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021. Ini bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak serta mengambil kira pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi yang masih belum buat permohonan, pastikan anda buat segera melalui beberapa kaedah yang diperkenalkan. Manakala pemohon telah menghantar permohonan atau kemaskini dinasihatkan untuk semak semula status penghantaran permohonan anda, sama ada berjaya dihantar atau tidak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat permohonan BPR sebelum tarikh tutup & semak status penghantaran permohonan BPR.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan dan kemaskini BPR dilanjutkan sehingga:

  • 25 Februari 2021

KADAR BAYARAN BPR 2021

Kadar bayaran BPR 2021 akan dibuat mengikut kategori seperti berikut:

Kaedah Bayaran BPR 2021 Bagi Pemohon Yang Layak Mulai Februari 2021

3 KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan BPR 2021 boleh dilakukan sehingga 25 Februari 2021 melalui salah satu kaedah berikut:

Mohon BPR 2021 Secara Online

Permohonan BPR 2021 secara online adalah melalui pautan berikut:

Mohon BPR 2021 Melalui Borang

Borang Permohonan BPR 2021 boleh dicetak oleh pemohon melalui pautan berikut:

Hadir Ke Kaunter

Permohonan BPR 2021 juga boleh dibuat dengan hadir ke beberapa tempat berikut:

Nota: Setiap permohonan perlu dihantar bersama dokumen berkaitan. Permohonan baru tanpa dokumen yang diminta mungkin akan ditolak. Pemohon yang perlu buat kemaskini permohonan dinasihatkan muat naik dokumen berkaitan sekiranya perlu.

Semak: Dokumen Sokongan BPR.

SEMAK STATUS PENGHANTARAN PERMOHONAN

Bagi pemohon yang telah membuat permohonan atau kemaskini permohonan BPR, anda dinasihatkan untuk membuat semakan semula untuk:

  • Pastikan permohonan/ pengemaskinian telah BERJAYA dihantar dan DITERIMA oleh pihak LHDN

Orang ramai boleh semak semula status penghantaran permohonan diterima atau tidak melalui 2 kaedah berikut:

Bila dah pastikan permohonan BPR anda telah berjaya dihantar, anda hanya perlu tunggu tarikh semakan status permohonan BPR 2021 diumumkan untuk ketahui anda lulus atau tidak.

JADUAL PEMBAYARAN BPR 2021

Bagi setiap permohonan BPR yang lulus, pembayaran akan dilakukan melalui 2 fasa iaitu fasa pertama dan fasa kedua. Fasa pertama bayaran BPR dimaklumkan akan bermula pada:

  • Fasa Pertama BPR: Mulai 24 Februari 2021

Pemohon yang layak akan terima jumlah bayaran BPR Fasa Pertama seperti yang ditetapkan. Untuk ketahui tarikh duit masuk bagi fasa seterusnya, semak:

KAEDAH PEMBAYARAN BPR 2021

Bayaran BPR pada tarikh yang ditetapkan akan dilakukan melalui salah satu kaedah berikut:

  • Kredit ke akaun bank
  • Tuntutan di cawangan BSN

Macam mana nak tahu bayaran anda akan dikreditkan terus ke akaun bank atau perlu membuat tuntutan di BSN?

Rujuk: Kaedah Bayaran BPR Kepada Pemohon Yang Layak

Orang ramai dinasihatkan untuk buat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 15 Februari 2021. Permohonan yang dihantar selepas tarikh tersebut akan DITOLAK. Jangan terlambat, pastikan permohonan anda berjaya dihantar sebelum tarikh tersebut.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke cawangan LHDN berdekatan atau hubungi talian Hotline BPR LHDN di 1-800-88-2747.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma