Rabun Warna Boleh Mohon SPA9? Ini Jawatan Kerajaan Yang Masih Sesuai Untuk Calon Rabun Warna Tahun 2026 •Video Resume Semakin Popular Di Malaysia? Ini Cara Buat Video Resume Yang Betul & Profesional •Bantuan Pesawah 2026: Kerajaan Salur RM200 Sehektar & Tingkatkan Insentif Pembajakan Kepada RM300 •Senarai Bantuan Laptop Pelajar Mengikut Negeri 2026: Ramai Masih Tak Tahu Ada Yang Boleh Dapat Hingga RM3000 •Nama “Mohd” Tak Lagi Boleh Digunakan Untuk Anak Baru? Ini Penjelasan Sebenar Isu Viral JPN 2026 • Rabun Warna Boleh Mohon SPA9? Ini Jawatan Kerajaan Yang Masih Sesuai Untuk Calon Rabun Warna Tahun 2026 •Video Resume Semakin Popular Di Malaysia? Ini Cara Buat Video Resume Yang Betul & Profesional •Bantuan Pesawah 2026: Kerajaan Salur RM200 Sehektar & Tingkatkan Insentif Pembajakan Kepada RM300 •Senarai Bantuan Laptop Pelajar Mengikut Negeri 2026: Ramai Masih Tak Tahu Ada Yang Boleh Dapat Hingga RM3000 •Nama “Mohd” Tak Lagi Boleh Digunakan Untuk Anak Baru? Ini Penjelasan Sebenar Isu Viral JPN 2026 •

Kadar Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Terkini Mengikut Kategori & Pendapatan

Oleh Cikgu Shaari • November 9, 2020 • 2 min baca

Kadar Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Terkini Mengikut Kategori & Pendapatan
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sudahkan anda tahu bahawa bantuan kerajaan yang sebelum ini dikenali dengan nama Bantuan Sara Hidup (BSH) kini digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)? Pertukaran ini diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu.

Berikutan dengan perubahan tersebut, kadar bantuan kepada rakyat juga berubah mengikut kategori dan pendapatan setiap individu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kadar bantuan baharu kerajaan di bawah BPR.

KADAR BANTUAN BAHARU BPR

Individu Bujang

Jika sebelum ini hanya individu bujang berumur 40 tahun ke atas sahaja menerima BSH, namun kini kadar umur dikurangkan sehingga 21 tahun. Individu bujang berpendapatan kurang daripada RM2500 dan berumur 21 tahun ke atas akan menerima BPR sebanyak RM350.

Kadar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Terkini Mengikut Kategori & Pendapatan

Isi Rumah Pendapatan Kurang RM2500

Isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2500 akan menerima bantuan seperti berikut:

  • 1 orang anak: RM1,200
  • 2 orang anak atau lebih: RM1800

Kadar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Terkini Mengikut Kategori & Pendapatan

Isi Rumah Pendapatan RM2501 ~ RM4000

Isi rumah yang berpendapatan RM2501 hingga RM4000 akan menerima bantuan seperti berikut:

  • 1 orang anak: RM800
  • 2 orang anak atau lebih: RM1200

Kadar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Terkini Mengikut Kategori & Pendapatan

Isi Rumah Pendapatan RM4001 ~ RM5000

Isi rumah yang berpendapatan RM4501 hingga RM5000 akan menerima bantuan seperti berikut:

  • 1 orang anak: RM500
  • 2 orang anak atau lebih: RM750

Baca juga: Bantuan Khas Kewangan RM600 Buat Penjawat Awam Serta RM300 Buat Pesara & Veteran

CARA MOHON BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

Untuk makluman anda, kaedah permohonan BPR masih belum dinyatakan oleh pihak LHDN kerana permohonan mungkin akan dibuka pada tahun 2021.

Walaubagaimanapun, info permohonan BPR akan dikemaskini apabila maklumat terbaru diterima.

Baca juga: Kadar Bantuan Kebajikan Warga Emas & OKU Dinaikkan Sehingga RM500 Sebulan. Ini Cara Mohon

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.