Info

Bantuan Khas Kewangan RM600 Buat Penjawat Awam Serta RM300 Buat Pesara & Veteran

November 9, 2020Oleh Cikgu Shaari1 min baca

Selain daripada bantuan kepada golongan-golongan berpendapatan rendah yang kurang berkemampuan, penjawat awam juga bakal menerima manfaat hasil daripada pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan ini adalah sebagai menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam.

BANTUAN KHAS KEWANGAN PENJAWAT AWAM

Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM600 akan diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah pada awal 2021.

Pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen juga akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM300.

KENAIKAN ELAUN DAN PEMBERIAN RM500

Selain itu, kerajaan sudah bersetuju kadar elaun RM6 dinaikkan kepada RM8 sejam untuk lebih 1,900 pegawai bomba bantuan mulai tahun hadapan.

Bagi menghargai keringat kepahlawanan dan bakti pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan negara, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada 40,000 penerima.

Bayaran one-off sebanyak RM500  juga akan diberikan kepada 100,000 petugas barisan hadapan KKM sebagai tanda penghargaan jasa.

Bantuan Khas Kewangan RM600 Buat Penjawat Awam Serta RM300 Buat Pesara & Veteran

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda