Diskaun Khas Bil Elektrik TNB 10% Dilanjutkan Bagi Tempoh 6 Bulan

Dalam 22 bantuan di bawah pakej bantuan Permai, kerajaan ada juga menyediakan bantuan diskaun khas bil elektrik untuk sektor-sektor tertentu di seluruh negara dan semua pengguna TNB domestik dan bukan domestik.

Selain daripada Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan dan Bantuan RM500 One Off bakal dinikmati oleh PKS, orang ramai juga akan menikmati data 1GB Percuma sehingga April 2021. Calon SPM, STPM dan pelajar IPT pula akan mendapat manfaat pakej data khas dengan tawaran harga yang rendah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian diskaun khas bil elektrik TNB di bawah pakej bantuan Permai.

Baca juga: Bantuan Tambahan JKM: Bantuan Makanan RM100 Setiap Keluarga & Bantuan Komuniti Kumpulan Rentan

DISKAUN KHAS BIL ELEKTRIK 10% SEKTOR PERNIAGAAN

Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun khas bil elektrik sebanyak 10% bagi tempoh:

  • Januari hingga Mac 2021

Diskaun khas ini melibatkan enam sektor perniagaan di seluruh negara, iaitu:

  • Pengendali hotel
  • Taman tema
  • Pusat konvensyen
  • Pusat beli belah
  • Pejabat syarikat penerbangan tempatan
  • Agensi pengembaraan dan pelancongan

REBAT ELEKTRIK 9% SEMUA PENGGUNA TNB

Selain itu, rebat elektrik juga akan diberikan kepada SEMUA pengguna TNB domestik dan bukan domestik pada kadar:

  • 2 sen setiap kilowatt per jam bersamaan penurunan bil elektrik sehingga 9%
  • Bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021

Pengguna TNB tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk nikmati diskaun khas bil elektrik ini kerana diskaun akan diberikan secara automatik dan dimasukkan dalam bil elektrik masing-masing.

Baca juga: Cara Bayar Bil Elektrik Secara Online Melalui JomPAY Yang Ramai Tak Tahu

Tahu tak anda boleh semak jumlah bil elektrik yang perlu dibayar secara online? Tak perlu daftar akaun pun, baca: Cara Semak Jumlah Bil Elektrik Secara Online.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma