Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya • Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •

GKP Tambahan: Bantuan Tambahan Sehingga RM1,000 Buat Peniaga & PKS Seluruh Negara

Oleh Cikgu Shaari • January 19, 2021 • 2 min baca

GKP Tambahan: Bantuan Tambahan Sehingga RM1,000 Buat Peniaga & PKS Seluruh Negara
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Semasa Belanjawan 2021, Kerajaan telahpun mengumumkan bantuan kewangan sebanyak 1,000 ringgit melalui Geran Khas Prihatin Tambahan, atau GKP Tambahan yang diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah.

Namun penambahan kes penularan wabak Covid-19 yang melibatkan semua negeri telah menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ramai peniaga yang terjejas.

Perdana Menteri dalam pengumuman pakej bantuan Permai semalam telah memperluaskan inisiatif GKP Tambahan yang melibatkan peniaga dan PKS di seluruh negara.

BANTUAN GKP TAMBAHAN

Kerajaan akan memperluaskan GKP Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000. Peluasan inisiatif GKP Tambahan adalah melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.

Peluasan GKP Tambahan adalah melibatkan kadar bantuan berikut:

  • RM1,000 – PKS di negeri PKP
  • RM500 – PKS di negeri lain (PKPB & PKPP)

Namun demikian, sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, Kerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri tersebut dengan serta merta.

GKP Tambahan: Bantuan Tambahan RM1,000 Buat Peniaga & PKS Seluruh Negara

Pemandu teksi, bas dan ehailing yang layak pula akan terima bantuan tunai secara one-off berjumlah RM500. Orang ramai yang bukan PKS pula akan menikmati Data 1GB Percuma sehingga April 2021 manakala calon SPM, STPM & pelajar IPT boleh langgani Pakej Data Khas yang disediakan dengan kadar yang rendah.

PELAKSANAAN SKIM MIKROKREDIT DIPERCEPAT

Bagi membantu aliran tunai perusahaan mikro dan PKS, kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikrokredit, sepertimana yang pernah diumumkan sebelum ini.

Sejumlah 1 bilion ringgit kemudahan mikrokredit disediakan yang merangkumi pinjaman mudah melibatkan:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Agrobank
  • TEKUN

MERANCAKKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN

Bagi terus menyokong golongan usahawan dan perniagaan untuk menjana pendapatan melalui jualan dalam talian atau platform e-dagang, Kerajaan akan:

  • Mempercepatkan pelaksanaan Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro dan kempen Shop Malaysia Online dengan jumlah peruntukan 300 juta ringgit.

Melalui kempen tersebut, usahawan mikro akan mendapat bimbingan perniagaan dan pembeli akan menikmati penjimatan melalui jual-beli secara dalam talian.

Jelas pelbagai usaha kerajaan dalam membantu merancakkan semula ekonomi Malaysia dan membantu PKS di negara kita untuk terus maju dalam perniagaan.

Sebarang info lanjut berkenaan permohonan GKP Tambahan atau bantuan-bantuan lain peniaga akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.