Data Internet 1GB Percuma Setiap Hari Semua Telco Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021
Pemberian 1GB data harian percuma kepada semua pelanggan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Lanjutan ini adalah susulan pengumuman Perdana Menteri dalam Pakej Pemulihan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Bantuan data percuma yang disediakan dengan peruntukan RM500 juta ini adalah bagi memberi kesenangan kepada rakyat terutama pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi yang perlu meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian data 1GB percuma.
Isi Kandungan
TEMPOH DATA BULANAN PERCUMA
Kemudahan yang bernilai 500 juta ringgit ini adalah sehingga tempoh berikut:
- DILANJUTKAN sehingga 31 Disember 2021
DATA PERCUMA 1GB
Industri telekomunikasi bersedia memberi bantuan dalam tempoh PKP ini. Pemberian data 1 Gigabite setiap hari secara percuma telah diberikan kepada orang ramai untuk:
- Melayari laman web
- Tujuan pendidikan
- Bekerja dari rumah
- Pembelian barangan secara dalam talian
- Perkhidmatan Kerajaan serta swasta
SYARIKAT TERLIBAT
Antara syarikat telekomunikasi terlibat dalam memberi tawaran data percuma adalah:
- Celcom
- Digi
- Maxis
- U-Mobile
- Telekom Malaysia (TM)
CARA TEBUS DATA PERCUMA
Pengguna boleh menebus data percuma yang ditawarkan ini dengan telco masing-masing dengan panduan yang disediakan di bawah:
Sebagai tambahan kepada internet percuma 1GB setiap hari, pengendali akan terus menawarkan akses percuma dan tanpa had kepada pelbagai aplikasi serta perkhidmatan berita yang boleh dipercayai untuk memastikan rakyat Malaysia terus mendapat maklumat terkini mengenai COVID-19.
Kemudahan ini yang dianggarkan bernilai 500 juta ringgit bakal memanfaatkan 44 juta pelanggan berdaftar di seluruh negara.
Baca juga: Permohonan Pengeluaran RM5,000 KWSP Melalui i-Citra