Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Kaunter KWSP Dibuka Semula Mulai 1 Julai 2021, Buat Janji Temu Dahulu

Oleh Cikgu Shaari • June 30, 2021 • 2 min baca

Kaunter KWSP Dibuka Semula Mulai 1 Julai 2021, Buat Janji Temu Dahulu
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 1 Jun 2021 lalu, semua kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah ditutup. Namun, kini KWSP telah memaklumkan akan membuka semua semua kaunter perkhidmatan cawangan di seluruh  negara untuk perkhidmatan terpilih.

Kaunter KWSP akan mula dibuka semula bermula 1 Julai 2021 dari 8 pagi hingga 2 petang sahaja pada hari bekerja. Ahli yang ingin berurusan di kaunter mestilah buat Janji Temu Online terlebih dahulu sebelum hadir ke cawangan KWSP.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut perkhidmatan KWSP sepanjang tempoh PKP dan cara buat Janji Temu Online.

WAKTU OPERASI

Waktu operasi KWSP mulai 1 Julai 2021 adalah seperti berikut:

  • 8.30 pagi hingga 2 petang

PERKHIDMATAN TERPILIH

Berikut adalah antara perkhidmatan yang terpilih mulai 1 Julai 2021:

  • Pengeluaran Kesihatan
  • Pengeluaran Kematian
  • Pengeluaran Umur 50/55/60
  • Penyerahan Arahan Bayaran (PO) dan cek jurubank pengeluaran

Baca juga: i-Citra KWSP: Permohonan Pengeluaran Simpanan KWSP RM5,000

CARA BUAT JANJI TEMU ONLINE

Pastikan anda membuat Janji Temu Online (JTO) untuk mendapatkan semua perkhidmatan ini. Janji Temu Online boleh dibuat dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan kwsp.gov.my/ms/janjitemu
  2. Pilih Negeri dan Cawangan anda. Klik Seterusnya
    Cara Buat Janji Temu Online Untuk Urusan Di KWSP. Tak Perlu Beratur Panjang Lagi
  3. Pilih JENIS URUSAN yang anda ingin lakukan di KWSP
    Cara Buat Janji Temu Online Untuk Urusan Di KWSP. Tak Perlu Beratur Panjang Lagi
  4. Pilih tarikh dan masa janji temu anda
    Cara Buat Janji Temu Online Untuk Urusan Di KWSP. Tak Perlu Beratur Panjang Lagi
  5. Lengkapkan Maklumat Peribadi anda
    Cara Buat Janji Temu Online Untuk Urusan Di KWSP. Tak Perlu Beratur Panjang Lagi
  6. Pastikan semua kotak ditandakan. Klik Buat Janji Temu
    Cara Buat Janji Temu Online Untuk Urusan Di KWSP. Tak Perlu Beratur Panjang Lagi
  7. Status pengesahan janji temu akan dipaparkan
  8. Anda akan menerima NOTIS PENGESAHAN sebagai rujukan melalui email atau SMS

Sebelum hadir ke cawangan KWSP pada masa janji temu, pastikan anda:

  • Muat turun aplikasi MySejahtera
  • Imbas Kod QR
  • Daftar masuk janji temu online

GARIS PANDUAN JANJI TEMU ONLINE

Berikut adalah garis panduan untuk Janji Temu Online:

  • Ahli hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji Temu Online di pautan www.kwsp.gov.my
  • Semua ahli mesti menjalani pemeriksaan suhu dan mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis cawangan
  • Semua ahli dikehendaki mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial yang ditetapkan pada setiap masa ketika berada di dalam premis cawangan

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.