Jadual Bayaran Bantuan Bulanan JKM Tahun 2021. Semak Tarikh Bayaran Bulanan Di Sini
Dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik termasuk B40, pelbagai bantuan telah diberikan oleh pihak kerajaan. Perkhidmatan bantuan kewangan yang disediakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Melalui pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan kenaikan kadar bantuan JKM pada tahun 2021. Anda boleh semak KADAR BAYARAN BANTUAN JKM TERKINI bagi setiap kategori.
Individu yang memerlukan bantuan bulanan JKM tetapi belum pernah memohon boleh mohon sekarang dengan panduan yang dinyatakan di perkongsian bawah.
Penerima bantuan bulanan JKM sedia ada kini boleh semak jadual bayaran bantuan bulanan JKM tahun 2021 untuk ketahui tarikh-tarikh bayaran bantuan setiap bulan.
Isi Kandungan
JENIS BANTUAN BULANAN JKM
Jadual bayaran bantuan bulanan JKM yang disediakan adalah bagi bantuan-bantuan berikut:
- Bantuan Orang Tua (BOT)
- Elaun OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Elaun Pekerja Cacat (EPC)
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT)
- Skim Bantuan Am
JADUAL BAYARAN BULANAN JKM 2021
Penerima bantuan bulanan JKM tahun 2021 boleh semak jadual bayaran bulanan JKM tahun 2021 di bawah:
CARA MOHON BANTUAN BULANAN JKM
Sekiranya anda memerlukan bantuan bulanan JKM tahun 2021, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut:
Panduan lengkap permohonan telah dinyatakan di pautan berikut.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Pemohon yang telah membuat permohonan boleh buat semakan status permohonan melalui laman berikut:
Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan JKM 2021 atau jadual bayaran bulanan bantuan JKM 2021, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03-8000 8000.