Senarai Bantuan Persekolahan Tahun 2021 Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Sekolah akan dibuka semula tidak lama lagi. Sudahkan anda bersedia untuk sesi persekolahan tahun 2021 yang akan bermula 20 Januari ini?
Dalam meringankan beban rakyat Malaysia, terdapat pelbagai jenis bantuan persekolahan ditawarkan oleh kerajaan, majlis agama islam dan pelbagai agensi. Bantuan persekolahan tidak terhad kepada bantuan kewangan, ada juga bantuan dalam bentuk baucar, komputer riba dan lain-lain.
Ibu bapa yang ada anak masih bersekolah, anda boleh semak senarai bantuan persekolahan tahun 2021 yang masih boleh dimohon di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
SENARAI BANTUAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2021
Berikut adalah senarai bantuan persekolahan tahun 2021 yang ibu bapa perlu tahu:
Bantuan Awal Persekolahan RM100 KPM
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Bantuan RM100 ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.
Mohon sini: Bantuan Awal Persekolahan KPM RM100
Bantuan Barang Persekolahan Sehingga RM400 Oleh MAIWP
Seramai 27, 246 pelajar daripada keluarga asnaf boleh membeli tanpa perlu membayar pakaian dan peralatan persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2021 kerana MAIWP menyediakan baucar sehingga RM400 buat pelajar yang layak.
Semak kelayakan: Semak Kelayakan Bantuan Persekolahan MAIWP
Skim Bantuan Persekolahan Zakat Perak
Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIAMP) mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah bermaustatin atau tinggal tetap di negeri Perak dan memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk memohon Skim Bantuan Persekolahan.
Mohon di sini: Permohonan Skim Bantuan Persekolahan Perak
Bantuan Yuran & Kelengkapan Persekolahan Zakat Selangor
Secara keseluruhannya sejumlah RM34.6 juta telah diperuntukkan kepada 32,722 ketua keluarga asnaf, fakir dan mualaf di seluruh negeri Selangor bagi membiayai persekolahan anak-anak mereka pada tahun hadapan.
Bantuan yuran persekolahan adalah dengan kadar berikut:
- Antara RM100 hingga RM250 seorang bergantung kepada tahap persekolahan mereka
Mohon di sini: Permohonan Bantuan Persekolahan Zakat Selangor
150,000 Komputer Riba Percuma Pelajar Sekolah
Melalui pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan akan menyediakan bantuan komputer riba percuma kepada pelajar sekolah bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dalam meneruskan pembelajaran secara atas talian.
Pemberian komputer riba percuma adalah melibatkan 150,000 murid di 500 buah sekolah sebagai projek rintis bagi mengurangkan beban masalah pembelajaran secara dalam talian.
Baca selanjutnya di sini: 150,000 Pelajar Sekolah Bakal Terima Komputer Riba Percuma
Kemudahan Internet Percuma Calon SPM, STPM & Golongan B40
Golongan isi rumah B40 dan calon-calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di seluruh negara akan berpeluang menikmati kemudahan Internet yang lebih baik melalui pelbagai inisiatif oleh kerajaan.
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan pelbagai kemudahan yang memberi fokus kepada golongan ini.
Baca: Senarai Inisiatif Kerajaan Buat Calon SPM, STPM & Golongan B40
Sekian sahaja senarai bantuan persekolahan yang boleh ibu bapa mohon setakat ini. Jika belum buat persiapan barangan keperluan sekolah, dapatkan checklist barang keperluan sekolah anak-anak untuk memudahkan urusan membeli nanti.
Klik pautan di bawah untuk download takwim persekolahan tahun 2021: