Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Bantuan Awal Persekolahan KPM RM100 Buat Murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5

Oleh Cikgu Shaari • December 23, 2020 • 2 min baca

Bantuan Awal Persekolahan KPM RM100 Buat Murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) oleh KPM.

KRITERIA KELAYAKAN

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya
  • Berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan(SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)

KADAR BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KPM

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan secara sekaligus sebanyak:

  • RM100.00 bagi setiap murid

AGIHAN BANTUAN

Tempoh pelaksanaan BAP adalah mulai Januari sehingga Jun bagi setiap sesi persekolahan tahun semasa. Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seawal 4 Januari tahun semasa secara berperingkat terus ke;

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Setiap sekolah yang sudah terima wang bantuan akan mengeluarkan satu tarikh pengagihan wang bantuan kepada murid-murid yang layak. Tarikh pengagihan Bantuan Awal Persekolahan kepada murid akan dimaklumkan oleh pihak sekolah.

Nota: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan memastikan wang bantuan diagihkan kepada pelajar dalam tempoh tempoh 14 hari dari tarikh penyata bank diterima bagi bulan di mana peruntukan dikreditkan ke akaun KWK sekolah.

CARA MOHON

Setiap pelajar sekolah yang berkelayakan tidak perlu membuat permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM100. Pihak sekolah akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak dan memaklumkan kepada mereka mengenai agihan bantuan.

Sekiranya ada murid yang belum pernah menerima Bantuan Awal Persekolahan sebelum ini dan ingin memohon bantuan, anda boleh buat permohonan melalui Borang Permohonan yang disediakan. Maklumkan kepada pihak sekolah untuk urusan permohonan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.