Syarat Membuat Pinjaman PTPTN Kali Kedua & Cara Buat Permohonan Online
Ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau peringkat pengajian yang sama dan perlukan pinjaman PTPTN untuk kali kedua? Jangan risau, anda masih boleh buat permohonan PTPTN untuk buat kedua kalinya.
Namun, bagi membuat pinjaman PTPTN kali kedua, pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan permohonan pinjaman PTPTN untuk kali kedua.
Isi Kandungan
SYARAT PINJAMAN PTPTN KALI KEDUA
Berikut adalah syarat-syarat membuat pinjaman PTPTN untuk kali kedua:
- Tamat pengajian bagi pinjaman terdahulu
- Telah menyelesaikan baki pinjaman bagi mereka yang telah membatalkan pinjaman, gagal, berhenti pengajian terdahulu atau ingin menyambung peringkat pengajian yang sama
- Bertujuan melanjutkan pengajian di peringkat yang sama atau lebih tinggi
Baca juga: PTPTN Login: Pendaftaran Permohonan Pinjaman PTPTN Akaun Baru & Lama
CARA BUAT PERMOHONAN PTPTN SECARA ONLINE
Jika anda sudah memenuhi syarat kelayakan permohonan PTPTN kali kedua di atas, anda boleh teruskan untuk kemukakan permohonan. Permohonan adalah secara online sahaja. Klik pautan berikut untuk panduan lengkap membuat permohonan PTPTN secara online:
4 KAEDAH SELESAIKAN HUTANG PTPTN
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai kaedah untuk menyelesaikan hutang PTPTN anda. Anda boleh lihat panduan menyelesaikan hutang PTPTN melalui kaedah-kaedah berikut:
- Menggunakan Simpanan KWSP
- Permohonan Potongan Gaji Bulanan
- Permohonan Direct Debit
- Menggunakan e-Wallet
Untuk elakkan nama anda kena blacklist oleh CCRIS kerana rekod pembayaran yang tidak baik, anda boleh selesaikan hutang PTPTN anda tanpa rekod buruk dengan mudah. Lihat panduannya DI SINI.
Nama dah kena blacklist? Baca Cara Bersihkan Nama Jika Kena Blacklist Dengan PTPTN.
Bagi membuat semakan baki pinjaman PTPTN anda, semak DI SINI.