Mohon i-Sinar Untuk Pengeluaran RM500 Setiap Bulan Dari Akaun 1 KWSP

Sebelum ini, menerusi pakej Prihatin dalam program i-Lestari kerajaan telah membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan meliputi jumlah keseluruhan sebanyak RM6000.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 pula, kerajaan telah mengumumkan permohonan pengeluaran dari Akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan. Namun, pengeluaran dari Akaun 1 adalah bersyarat dan pemohon perlu membuat permohonan melalui i-Sinar.

Terkini, KWSP mengumumkan lagi bahawa Ahli boleh membuat pengeluaran pendahuluan Akaun 1 sebanyak RM4,000 hingga RM10,000.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kelayakan pengeluaran Akaun 1 KWSP dan permohonan i-Sinar.

PENGELUARAN PENDAHULUAN AKAUN 1 KWSP DIBENARKAN SEHINGGA RM10,000

Baki RM90,000 Dan Ke Bawah

Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1) akaun mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9000. Ia akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4000.

Baki Lebih RM90,000

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam akaun 1 akan mempunyai akses 10%. Bagaimanapun amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Baca selanjutnya DI SINI.

KELAYAKAN PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP

Pencarum KWSP yang layak akan dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 1 setelah mereka menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum daripada Akaun 2 menerusi program i-Lestari.

Itu adalah antara syarat yang ditetapkan kerajaan menerusi program i-Sinar kepada pencarum untuk pengeluaran KWSP Akaun satu.

Selain itu, kerajaan juga sedang berbincang dengan KWSP tentang mekanisme lain yang boleh membantu pencarum terkesan untuk pengeluaran akaun satu. Hal ini adalah kerana kerajaan peka dengan keluhan rakyat dan akan meneliti semua aspek untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

Baca juga: Cara Buat Pengeluaran Akaun 2 KWSP Secara Online Melalui e-Pengeluaran

PERMOHONAN I-SINAR MULAI DISEMBER 2020

KWSP sedang memuktamadkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 Ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar dan akan diumumkan pada 18 November 2020. 

Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021.

Maklumat lanjut permohonan pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar akan menyusul setelah mendapat makluman terbaru. Anda boleh buat semakan baki akaun KWSP anda secara online DI SINI.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma