Download Borang Kebenaran Rentas Negeri: Ini Cara Membuat Permohonan
Lebih ramai yang menerima suntikan vaksinasi lengkap, lebih ramai yang dilindungi daripada jangkitan yang lebih teruk, beban kepada sistem kesihatan awam akan berkurang dan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang dapat dibuka secara berperingkat, dan kita dapat keluar dari pandemik ini dengan lebih teratur dan selamat.
Kerajaan telah mengumumkan sedikit kelonggaran SOP individu yang telah menerima 2 dos vaksin lengkap. Pasti ramai yang tidak sabar kan nak tahu kemudahan tersebut? Terutama berkenaan kebenaran rentas daerah dan negeri.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui garis panduan membuat pergerakan rentas negeri atas tujuan tertentu dan dapatkan borang permohonan rentas negeri/ daerah.
Isi Kandungan
SYARAT KEBENARAN RENTAS NEGERI/DAERAH
Kebenaran rentas negeri/ daerah buat individu yang telah lengkap 2 dos vaksin adalah bagi tujuan:
- Pengembara yang pulang atau tiba dari luar negara
- Pasangan suami isteri jarak jauh
- Ibu bapa berjumpa anak di bawah 18 tahun
Baca: Kebenaran Rentas Negeri & Senarai Kemudahan Buat Individu Lengkap 2 Dos Vaksin
DOKUMEN DIPERLUKAN
Individu yang ingin buat permohonan rentas negeri boleh mohon daripada PDRM dengan mengemukakan dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan suami dan isteri
- Salinan Sijil/ Kad pernikahan
- Salinan Sijil Digital Vaksinal Covid-19 suami dan isterim
- Salinan dokumen bukti tempat tinggal suami/isteri atau surat pengesahan majikan
- Borang kebenaran rentas negeri yang disahkan
PROSEDUR MENDAPATKAN KEBENARAN RENTAS NEGERI
Sekiranya anda ingin merentas negeri atau daerah anda perlu dapatkan borang kebenaran dan ikut prosedur berikut untuk membuat permohonan merentasi negeri:
- Muat turun borang kebenaran rentas negeri di bawah
- Lengkapkan borang tersebut
- Berikan alasan yang jelas sebab permohonan pergerakan
- Turunkan tandatangan pemohon beserta tarikh permohonan
- Bawa borang kebenaran yang telah lengkap diisi ke balai polis berhampiran untuk mendapatkan kelulusan
- Sekiranya mendapat kelulusan borang tersebut perlu ditunjukkan kepada pihak berkuasa yang melakukan sekatan jalan raya ketika ingin merentasi negeri atau sempadan.
DOWNLOAD BORANG KEBENARAN RENTAS NEGERI
Klik butang di bawah untuk muat turun Borang Kebenaran Rentas Negeri: